Isnin, 23 September 2013

Pasukan Bola Sepak Pemuda UMNO Kg Melayu Bekok

PASUKAN A



PASUKAN B






EDISI SANTAI
 MEMANASKAN BADAN

Amanat terakhir dari coach!!!!!
kalah takper janji menang!!!! tau tak!!!! he!! he!!
"apasal ko tak minum air tongkat ali" tanya seorang penyokong tegar

kalah takper janji aku dapat makan!!!
kenapa penjaga gol tu? sampai buka jersi... kena buang padang ker???
 apasal tersandar semua ni???

ni bomoh hujan ker... bomoh bola???

nie baru betul kena buang padang....he he



TAU TAK? - KENAPA MASA PERLAWANAN BOLASEPAK SEPARUH MASA PERTAMA 45 MINIT???
INI JAWAPANNYA....

Pasti nyer korang dah biasa tengok perlawanan bola sepak, tapi pernah tak korang tahu kenapa perlawanan bola sepak dengan masa selama 45 minit? Ia menjadi tanda tanya... korang pon tak pernah nak tahu bukan.. di sini aku nak bagi tau kat korang kenapa setiap perlawanan bagi separuh masa adalah 45 minit.

Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30 minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab….”Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah…Terdapat 2 pasukan di dalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain di setiap pasukan. Setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan di dalam perlawanan. Oleh itu,jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit…itu adalah “bola referee”! dan kalau masa tambahan tu 6 minit ini bermaksud 2 orang penjaga garisan pon di kira jugak...hehe

Adoyai pening kepala di buatnyer.. kira telur pulak..hahaa, tapikan aku sendiri tak jumpa fakta sebenar akan masa 45minit bagi perlawanan bola sepak ini. Korang ade yang tahu fakta sebenar? jom kongsikan bersama

Sabtu, 21 September 2013

Mesyuarat AJK UMNO Cawangan

Mesyuarat AJK UMNO Cawangan Kg Melayu Bekok 
Tarikh: 20/9/2013 (Jumaat) Jam 8.00 malam 
Bertempat di perkarangan halaman rumah En Jaafar Bin Sharif













['LINTAH GERGASI'] Mukanya Menyerupai Anjing ditemui di PERAK

Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.
  
Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.
“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Pada March 2012, lintah yang sama dikatakan telah dijumpai di Perak ketika musim banjir.

Setelah diselidik didapati ia sebenarnya adalah seekor ular yang dikenali dengan Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk.

Ular Karung Guni adalah spesis ular air tawar yang tidak berbahaya kerana tidak berbisa dan tiada mata (mata buta).

Walau bagaimanapun, ular ini boleh mengigit jika terdesak. Ular ini dikatakan memakan ikan. sumber




Isnin, 16 September 2013

Kereta lutsinar guna teknologi keselamatan

Rekaan kereta lutsinar ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

FRANKFURT - GERMAN. Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas jalan raya.

Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi. sumber

Isnin, 9 September 2013

Apabila Khinzir Melahirkan Anak Mirip Gajah (2 Foto)

ANHUI (Berita SuaraMedia) – Masyarakat Anhui, China, geger.Seekor babi melahirkan anak yang mirip gajah, lengkap dengan belalainya.
Apa yang terjadi? Keanehan ini serta-merta menyebar ke segala penjuru dan orang pun berbondong-bondong datang untuk melihat keanehan itu.
Anak babi itu bertubuh mulus, tetapi anehnya, Cuping telinganya lebar dan mempunyai berbelalai. Sosok anak babi ini justru lebih mirip gajah kecil.
Anak babi ini lahir di kandang milik Li. Sekali melahirkan, babi biasanya melahirkan tujuh bayi.
Nah, kejadian itu sangat aneh kerana salah satu daripada 7 anak babi yang lahir itu berwajah seperti anak gajah. Setelah ditimbang, beratnya mencapai 1.000 gram.
Tapi, anak babi gajah ini, tak dapat bertahan hidup kerana tidak ada susu. Ia hanya bertahan sembilan jam. - sumber 

Khamis, 5 September 2013

Menara di London punca kereta Jaguar cair?

LONDON - ENGLAND . Sebuah bangunan pencakar langit di London didakwa telah menyebabkan sebuah kereta Jaguar yang diparkir di luar premis terbabit mencair.

Pemiliknya, Martin Lindsay memberitahu cermin sisi dan beberapa panel kereta mewahnya itu mencair selepas sejam ia ditinggalkan berhampiran menara Walkie Talkie yang masih lagi dalam pembinaan.

Dalam satu kenyataan, pemaju bangunan setinggi 37 tingkat itu memaklumkan mereka kini sedang berusaha untuk menangani masalah tersebut kerana ia dipercayai berpunca daripada kedudukan matahari yang berubah pada waktu tertentu.

"Perkara ini mungkin akan berterusan selama dua hingga tiga minggu lagi," jelas jurucakap Land Securities and Canary Wharf menerusi Reuters.

Susulan daripada insiden terbabit, tiga kawasan parkir kenderaan telah ditutup majlis perbandaran.

Difahamkan, pemaju terbabit juga telah memohon maaf kepada Lindsay dan bersetuju untuk membayar ganti rugi berjumlah 946 pound (RM5,000) kepada beliau. sumber