Ahad, 21 Julai 2013

Wajah Sebenar Hang Tuah??

Orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu diwujudkan bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.- sumber

Pelik! Hidangan Anak Ayam Goreng Di Filipina


KORANG pernah makan anak ayam goreng? Kalau kat Kenny Rogers tu ayam kecik..tapi bukan anak ayam.. Terliur tak tengok gambar kat atas nih? Anak ayam goreng BBQ tu beb.. Haha..
Fakta Ringkas:
1. Merupakan salah satu makanan popular yang dijual di sebuah pasar di Manila, Filipina
2. Ayam-ayam yang digunakan merupakan anak-anak ayam jantan yang direject dari industri penternakan ayam di sana. Ini kerana hanya ayam betina yang diperlukan untuk menghasilkan telur
3. Anak-anak ayam jantan ini dibunuh sejak dari hari pertama mereka menetas lagi.
4. Untuk tidak merugikan, ia kemudiannya dijual pula ke pasar-pasar utama di Manila
5. Cara penyediaan anak ayam goreng ini amat mudah. Hanya paruh dan usus yang dibuang sebelum ianya digoreng dengan mentega. Tulang-temulang ayam ini tidak dibuang kerana masih lembut dan enak dimakan sekaligus bersama isi ayam - sumber



Sabtu, 20 Julai 2013

Bayi 12 hari maut kena ‘panggang’


Beijing: Seorang bayi yang baru lahir didakwa maut ‘dipanggang’ dalam inkubator di sebuah hospital di China semalam.
Gambar bayi berusia 12 hari itu terdedah kepada umum selepas ia beredar di kalangan pengguna Weibo, sejenis laman sosial menyerupai Twitter.
Melalui gambar itu bayi berkenaan dilihat terbaring dalam keadaan tertiarap di atas cadar putih di atas sebuah meja.

Belakang dan kakinya kelihatan keperangan dan merah akibat kepanasan.

KAKITANGAN hospital mengerumuni mayat bayi berkenaan.

Beberapa kakitangan hospital berada di sekeliling meja itu dengan sesetengahnya mengambil gambar bayi malang itu.

Disebabkan keadaan imej itu sangat mengerikan laman sesawang dalam talian yang memperoleh gambar itu mengaburkan kebanyakan butirannya.

Menurut laporan media bayi terbabit terbunuh dalam “kemalangan ngeri” di Hospital Kanak-kanak Quanzhou di wilayah Fujian, tenggara China.

Beijingcream.com melaporkan bayi malang itu diletakkan dalam inkubator sejak kelmarin kerana mengalami selesema. 

Bagaimanapun suhu dalam inkubator itu terlalu panas menyebabkan bayi terbabit akhirnya meninggal dunia. 

Media juga melaporkan semua rakaman kamera litar tertutup pada malam itu dipadamkan.

Pihak hospital juga enggan mengambil tanggungjawab atas kemalangan itu. - sumber

Khamis, 18 Julai 2013

Lagi Guru Mati Ditembak – Mangsa Ketiga Dalam Tempoh Terdekat, Apa Sudah Jadi?


KIRA-KIRA pukul 12.25 petang tadi, seorang guru,K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Bagaimanapun ketika tiba di Simpang Empat Keladi, dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali.
Dia mati akibat tembakan tersebut.
Peluru yang dilepaskan sebelum itu kena pada bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya.
Apa sudah jadi?
Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan.
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang.
Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan.
Untuk rekod, empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali.
Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Dalam erti kata lain sudah ada tigas kes tembak yang melibatkan guru dilaporkan berlaku dalam masa terdekat.
Mungkinkah setiap kes itu mempunyai kaitan antara satu sama lain?
Atau mungkinkah juga ia berlaku secara kebetulan?
Yang pasti kes jenayah melibatkan senjata api sejak akhir-akhir ini cukup membimbangkan.
Senjata api seolah-olah begitu mudah untuk diperoleh di pasaran.
Manusia juga seolah-olah begitu mudah membunuh dan dibunuh.
Apa lagi selepas ini? - sumber

Selasa, 16 Julai 2013

Tahlil di lebuh raya

MOTOSIKAL mangsa terperosok ke bawah pacuan empat roda selepas terbabit dalam kemalangan, kelmarin.

Alor Gajah: “Saya sebak melihat Muhamad Suaidi menggelupur di atas jalan dalam keadaan berlumuran darah lalu membisikkan kalimah syahadah ke telinganya sebelum dia mendengus panjang. Tidak lama kemudian dia terus senyap,” kata Mohd Siddiq Al Hakim Jamat, 19, sahabat baik kepada Muhamad Suaidi Hasan, 19, yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 203.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, Muhamad Suaidi yang menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke ibu kota sebelum motosikal ditunggang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.
Selain Mohd Siddiq, turut berkonvoi bersama mangsa adalah tiga lagi rakannya iaitu, Hafizan Hatta, 19, Mohd Samian Zamri, 19, dan Mohd Amirudin Najikin, 20. Mereka dari Pagoh, Johor menghala ke Kuala Lumpur.

Menurut Mohd Siddiq, dia yang menunggang tidak jauh di belakang mangsa terkejut sebaik saja terdengar dentuman sebelum menyedari Muhamad Suaidi terbabit kemalangan.
AHLI keluarga mangsa melihat keadaan jenazah di tempat kejadian.
“Saya lihat motosikal arwah terperosok di belakang sebuah pacuan empat roda manakala arwah tertiarap di atas jalan. - sumber

Sabtu, 13 Julai 2013

Video: 20 Sebatan Tanpa Henti


sistemwebsegera.com

Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan

Poster ucapan selamat berbuka puasa Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana didakwa menghina umat Islam apabila menunjukkan gambar mereka menikmati bak kut teh yang disertakan logo halal

KUALA LUMPUR 12 Julai - Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.
Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.
Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!
Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.
Antara pembaca seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).
Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).
Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.
Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.
Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan.
Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.
Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu. - sumber
sistemwebsegera.com