Diam tak diam, dalam kezuhudan yang ditonjolkan oleh Nik Aziz dan
keluarga, Nik Aziz telah berjaya mengumpul sebegitu banyak harta. Ini
baru tanah sahaja, dan difahamkan nilai semasa kesemua tanah bernilai RM
4 juta, itupun belum lagi dikira stesen minyak Petronas yang dimiliki
oleh isterinya. Kesemua harta ini diperolehi setelah Nik Aziz menjadi
Menteri Besar Kelantan. Jadi tidak mustahillah Nik Aziz boleh dinobatkan
sebagai "Ulama Zudud Terkaya Di Malaysia".
Lihat sendiri bukti-bukti harta kekayaan Nik Aziz dan isterinya. Penulis
tertanya berapakah pendapatan bulanan Nik Aziz dan isterinya yang
dikatakan hanya suri rumah? Jika mempunyai perniagaan apakah
perniagaannya.
<<sumber>>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan