Isnin, 6 Mei 2013

MCA tidak akan terima jawatan Kabinet, Exco - Soi Lek



MCA berpegang teguh kepada pendirian untuk tidak menerima sebarang jawatan Kabinet dan Exco Kerajaan Negeri selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pendirian itu selari dengan keputusan Perwakilan Khas MCA sebelum ini untuk tidak menerima sebarang jawatan dari peringkat kampung hingga ke Persekutuan sekiranya parti itu mencatatkan keputusan yang lebih buruk berbanding pilihan raya 2008.
Dalam pada itu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek turut membuat keputusan untuk tidak bertanding semula dalam pemilihan parti akan datang.
Soi Lek berkata, sebagai peneraju utama, beliau bagaimana pun perlu memastikan parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu terus stabil ketika berdepan keadaan paling mencabar ketika ini.
"Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat dalam masa terdekat untuk mengenal pasti hala tuju parti selepas kekalahan teruk dalam PRU-13.
Mengenai kekalahan teruk MCA kali ini, Soi Lek berkata, ia merupakan hasil daripada trend pengundian berdasarkan kaum yang menyaksikan pengundi Cina percaya DAP akan berjaya mengubah kerajaan.
"Mengenepikan wakil keturunan Cina daripada kerajaan tidak akan menyelesaikan segala rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan