Jumaat, 10 Januari 2014

Kalimah Allah: Kenapa Baru Sekarang?

Bekas Hakim Besar Tun Hamid pun timbulkan isu sama:

Niat jahat mubaligh Kristian itu didedahkan oleh video bekas Katolik berikut:

Khamis, 9 Januari 2014

Dimana Letaknya Kg Melayu Bekok???

 Imej dari satelite




Komen Tun M... Ada Niat Apa?


Barangkali Mahathir terlupa bahawa dia merupakan antara orang yang paling dibenci oleh Pakatan Rakyat, khususnya DAP. Tun Mahathir kerap kali menjadi duri dalam daging dan penjelasan atau kupasan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir biasanya banyak mengantoikan Pakatan Rakyat, khususnya DAP yang penuh dengan kemaruk dendam kerana kegagalan 13 Mei 1969.

Dalam usaha untuk menawan Sarawak pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung tidak lama lagi, DAP kembali mencetuskan polemik KALIMAH ALLAH dan Bible berbahasa Melayu yang telah dirampas oleh JAIS di Selangor, sebuah negeri yang tidak membenarkan penyebaran agama lain kepada umat Islam sama ada secara halus atau sebaliknya.

Bagaimanapun, paderi yang mencetuskan polemik pada minggu lalu apabila berkeras menyatakan gereja Katholik di seluruh Selangor tetap akan menggunakan kalimah ALLAH dalam syarahan mingguan mereka, bijak berselindung di belakang undang-undang dengan menyatakan kitab Bible berbahasa Melayu yang digunakan adalah untuk masyarakat Bumiputera Kristian Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung.

Sungguh aneh memandangkan para penduduk sesebuah negeri akan tertakluk kepada undang-undang negeri itu tanpa mengira dari negeri manakah mereka berasal. Lawrence Andrew dan para penyokong DAP cuba mewujudkan persepsi bahawa rakyat Malaysia boleh bergerak dan bertindak secara bebas di mana-mana bahagian negeri ini kerana undang-undang hanya satu iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Kebebasan Beragama pula termaktub dalam Artikel 11 tetapi menolak klausa (4) dalam Artikel yang sama.

Lebih memalukan lagi, ada pula kalangan ZOMBIES yang menyatakan, mengapa ada undang-undang berbeza dari satu negeri ke satu negeri dan ini hanya terdapat di Malaysia tanpa mereka mengetahui bahawa setiap negara di dunia ini mempunyai undang-undang berbeza di setiap negeri-negeri yang bergabung membentuk negara berkenaan sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat. Dan Malaysia juga tidak terkecuali.

Ada perkara menarik yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir untuk mengingatkan semula niat jahat kumpulan yang dianggotai oleh Lawrence Andrew. Bak kata seorang sahabat FACEBOOK dari Grup WE ARE NOT MALAYSIAN ZOMBIES, kebanyakan yang berperangai sebegitu adalah dari kalangan Cina yang berpendidikan vernakular yang sentiasa membandingkan diri mereka dengan Cina-Cina di Hong Kong, Macau, Taiwan dan Singapura.

Golongan ini ENGGAN dan MENENTANG BAHASA KEBANGSAAN yang berasaskan Bahasa Melayu. Mereka tidak mahu belajar, tidak mahu bercakap tetapi apabila membabitkan BIBLE, tiba-tiba pula mereka menjadi pejuang Bahasa Kebangsaan.

Justeru apa sebenarnya motif golongan ini selain daripada cubaan menentang dan menjatuhkan kuasa Islam di Selangor? Mereka menjadi begitu angkuh dan biadap kerana di belakang mereka ada peguam-peguam, hakim-hakim mahkamah serta ahli-ahli politik yang kuat menyokong.

Undang-undang diwujudkan untuk membolehkan urusan sosial manusia yang berada di sesebuah kawasan berjalan lancar. Tetapi apabila ada pihak yang cuba mengganggu gugat undang-undang tersebut dan menjadikannya sebagai bahan untuk mencari populariti dari segi politik, seharusnya mereka perlu DILAYAN dengan sebaik-baiknya menerusi TINDAKAN UNDANG-UNDANG.

Malangnya, di Malaysia ianya tidak begitu... sebaliknya UNDANG-UNDANG hanya untuk hiasan di dinding Parlimen semata-mata!!!

Inilah Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu


KandunganBible01

Di laman sosial, hari ini sudah mula tersebar petikan kandungan Bible berbahasa Melayu dengan beberapa bahagian kalimah Allah digunakan di dalamnya.
Dalam beberapa ayat Bible itu, disifatkan sebagai ‘Allah’ itu menurunkan anaknya yang jelas dalam Islam bahawa Allah SWT itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.
Dalam petikan ini, ia memetik bahagian Yohanes verse ke 16 dan 17 yang mengandungi penerangan berkenaan ‘Allah’ dan anaknya jelas digunakan dalam konteks agama Kristian.
Jika Bible ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah atau rendah beragama Islam tanpa didikan atau peringatan daripada guru agama atau keluarga, mereka akan mudah terpedaya sekaligus terpengaruh dengan ideologi Kristianiti.
Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah niat sebenar di sebalik keinginan mereka yang hendak sangat menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan dicetak pula dalam Bahasa Melayu.
Jika Bible menggunakan kalimah ‘Allah’ dan dicetak dalam Bahasa Inggeris, umat Islam Melayu tidak akan mengambil kisah kerana ketidakfahaman dan jelas ayatnya terpesong.
Lebih-lebih lagi apabila menceritakan kononnya  Allah ada anak yang dinamakan sebagai ‘Son’.
Tetapi, jika mereka cetak Bible dengan Bahasa Melayu dan disertakan dengan kalimah Allah, kedengarannya begitu dekat dengan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana Tuhan dalam agama Islam ialah Allah SWT yang satu.
Dengan majoriti penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu, jadi lebih mudah Kristian itu disebarkan kepada orang Melayu beragama Islam jika ia dicetak dalam Bahasa Melayu dan ada kalimah ‘Allah’ di dalamnya.
Perlu diingat, penyebaran agama bukan bermula dari kandungan ajaran dan ritualnya, sebaliknya ia akan bermula daripada menanam kefahaman mengenai ideologinya kemudian baru agamanya. – Mynewshub.my

Pendirian Andrew perlu disanggah

Pengarang The Herald, Lawrence Andrew keluar dari kamar perbicaraan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan itu. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


PADA 14 November lalu, dalam satu kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rakyat khasnya di negeri ini tanpa mengira kaum dan latar belakang agama akur serta patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Malah baginda juga turut menzahirkan pendirian tegas kalimah Allah tidak boleh digunakan sama sekali di Selangor oleh orang bukan Islam sebagaimana yang telah diperuntuk serta dikuatkuasakan dalam undang-undang serta fatwa negeri.
Selain itu, semua rakyat negeri Selangor perlu patuh kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010 yang memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain.
Sebelum itu pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.
Persoalannya, kenapakah Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew masih mahu mempertahankan pendiriannya supaya semua gereja di Selangor menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguan mereka? Apakah motif dan niat beliau sebenarnya?
Ia memandangkan Andrew yang menetap di Selangor seharusnya patuh kepada titah Sultan Selangor yang merupakan Ketua Agama Islam di negeri itu dan arahan baginda berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tersebut berlandaskan kepada peruntukan undang-undang.
Justeru tidak perlulah, Andrew hendak berdolak-dalik dengan mengaitkan pula kenyataannya dengan dibuat berasaskan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan bahawa setiap orang berhak menganuti serta mengamalkan agama masing-masing selain berhak menguruskan urusan agama sendiri seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 11(3) perlembagaan yang sama.
Peruntukan undang-undang di Selangor sudah jelas, oleh itu beliau sepatutnya akur dan bukannya sengaja mahu mengambil satu tindakan yang kita percaya beliau mengetahui akan mencetuskan kontroversi.
Atas sebab itulah, pendirian Andrew ini perlu disanggah oleh semua umat Islam tanpa mengira apa juga fahaman politik kerana sebagai orang Islam, kita tidak boleh membiarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia satu penghinaan kepada kalimah suci itu.
Ini memandangkan dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam agama lain selain agama Islam, ia seolah-olah kita meredakan martabat Pencipta Yang Maha Agung dan Maha Esa disekutukan.
Bagi penganut Kristian, mereka mempercayai konsep Triniti, iaitu God The Father, God the Son dan The Holy Ghost (Allah sebagai Bapa, Allah sebagai Anak dan Roh Kudus). Kepercayaan ini bertentangan dengan kepercayaan penganut agama Islam yang berpegang teguh bahawa Allah itu Tunggal, iaitu Maha Esa. Tiada dua, tiga atau banyak. Allah cuma satu.
Ini ditegaskan melalui firman-Nya dalam surah al-Ikhlas ayat 1-4 yang bermaksud: “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia."
Berikutan itu, usaha mempertahankan kalimah Allah wajib bagi orang Islam dan orang bukan Islam tidak berhak mempertikaikan langkah itu apatah lagi berusaha memancing kemarahan umat Islam dalam soal ini.
Sebab itulah, apa yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di Petaling Jaya, Khamis lalu adalah tepat dan perlu disokong.
Kenapa pula tindakan itu dianggap bermotifkan politik seperti mana dituduh oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago. JAIS bertindak berdasarkan kepada peruntukan undang-undang malah ia disahkan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi.
Justeru tidak timbul soal JAIS bermain politik atau bermotif politik dalam apa juga tindakan penguatkuasaan yang mereka lakukan. Apa sahaja perkara yang boleh dianggap menggugat dan mencemarkan kesucian serta ada peruntukan undang-undang yang membenarkan JAIS bertindak maka JAIS berhak berbuat demikian.
JAIS tidak perlu diajar atau dipaksa merujuk dahulu kepada mana-mana pihak apatah lagi bukan Islam jika mereka mahu mengambil tindakan. Penulis membangkitkan perkara ini kerana ada desakan daripada golongan tertentu bahawa selepas ini sebarang serbuan yang hendak dilakukan oleh JAIS harus mendapat kelulusan mutlak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Tindakan seumpama ini jika berlaku sudah pasti merendahkan martabat JAIS. Adalah diharapkan ia tidak menjadi kenyataan kerana langkah seumpama itu sudah pasti sekali lagi akan membangkitkan kemarahan umat Islam.
Apa pun isu kalimah Allah dan serbuan JAIS itu seharusnya memberikan pengajaran kepada umat Islam betapa penting mereka bersatu dan bukannya meletakkan perhitungan demi kepentingan politik mengatasi segala-galanya. Janganlah kerana mahu kuasa dan kedudukan, segalanya yang berkaitan dengan Islam dipandang ringan.
Mungkin kerana tidak ada kesepakatan inilah, sejak kebelakangan ini semakin banyak isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam dibangkitkan oleh pihak tertentu, seolah-olah mereka sama sekali tidak khuatir dengan reaksi umat Islam terhadap tindakan mereka.
Dulu tiada siapa yang berani menyentuh sensitiviti umat Islam, dulu tiada mana-mana pihak mempunyai keberanian mahu kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, dulu tiada siapa memiliki keupayaan untuk menyanggah titah raja-raja Melayu dan dulu juga sebarang tindakan oleh mana-mana jabatan agama Islam tidak pernah dipertikaikan.
Tetapi sekarang, suasana itu seolah-olah sudah berubah, pihak-pihak tertentu mempunyai keberanian luar biasa untuk menyentuh sensitiviti umat Islam.
Apakah dasar keterbukaan dan sikap toleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan umat Islam kini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu kerana mereka melihat umat Islam semakin berpecah-belah akibat berbeza fahaman politik?
Atau akibat semakin wujudnya kelompok Melayu liberal yang sudah tidak mempedulikan lagi kepentingan menjaga agama Islam dan hak-hak orang Melayu?
Sememangnya, tiada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahukan konflik berlaku dalam negara ini apatah lagi jika ia berkaitan agama, tetapi setakat ini yang banyak bersabar ialah umat Islam yang seolah-olah semakin diasak kiri dan kanan oleh pihak-pihak tertentu.
Puak-puak seumpama ini perlu diberi peringatan bahawa kesabaran umat Islam ada hadnya dan keharmonian kaum serta agama yang selama ini kita kecapi tidak harus diganggu-gugat oleh mana-mana pihak.
Percayalah, apabila sekali sahaja konflik berkaitan agama tercetus maka ia akan mengundang petaka berpanjangan kepada negara, oleh itu pihak-pihak tertentu yang masih berdegil perlu memahami bahaya yang menanti -Utusan

Rabu, 8 Januari 2014

Ayuh bersatulah berdiri teguh di belakang JAIS, ia sedang dihina...

Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan antara yang mengadakan bantahan terhadap tindakan Paderi Lawrence Andrew yang mahu menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja Selangor, baru-baru.
TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan setelah terdesak.
Terdesak kerana Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak mahu mempercayai wujudkan gejala penyebaran al-Kitab Bible kepada anak-anak muda kita.
Sebenarnya, setelah berkecimpung selama 25 tahun dengan dunia kewartawanan ini, saya cukup masak dengan kerenah Pas ini. Ia cakap tak serupa bikin.
Riuh sekampung, hasilnya tiada. Yang ada ialah untuk menyemai kebencian kepada orang ramai, terutamanya umat Melayu Islam. Tujuannya ialah supaya orang Melayu menyokong mereka. Untuk apa, untuk politik totok mereka semata-mata.
Apabila tibanya isu seperti JAIS ini mereka sanggup memutar-belit perkataan demi memelihara hati rakan-rakan cauvinis DAP dan PKR.
Wahai pembaca sekelian. Sudah banyak kali Pas berkelakuan sedemikian. Sejak puluhan tahun lalu.
Isu hudud diadu-dombakan setiap kali pilihan raya sahaja untuk membuka mata rakyat Melayu supaya membenci pemerintah. Mereka menuduh Pusat tidak mahu melaksanakan undang-undang itu.
Namun, amat dikesalkan di Kelantan sendiri, negeri yang mereka perintah sejak pilihan raya umum 1990 -- tidak pula dilaksanakan, walaupun secebis kecil daripada undang-undang itu.
Memang benar orang politik ini banyak cakap "tapi tak serupa bikin".
Bayangkan para juak-juaknya berkata serbuan JAIS adalah bagi mengalih perhatian rakyat kepada isu barang naik! Astagfirullah, macam itu sekali.
Sebagai orang Islam, saya melihat telah berlaku cubaan demi cubaan pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam, terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang ini memerintah. Gerejanya semakin berani dan paderi mereka juga sudah ke hadapan.
Dulu perkara-perkara mengarut ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.
Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?
Pengedaran Bible versi bahasa Melayu dilakukan secara terbuka di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?
Saya rasa Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Exco Selangor ada jawapannya. Beliau telah menolak prinsipnya demi agama Islam yang suci. Tetapi bagi orang Pas ini, apabila Dr. Hasan bercakap benar, dia dicap sebagai fitnah, zalim dan pembohong!
Itulah Pas, yang mula saya kenali daripada lubuknya sendiri di Kelantan, semasa dihantar bertugas di sana 23 tahun lalu. Nik Aziz Nik Mat baru masuk ke pejabat Menteri Besar dan Husam Musa masih berhingus lagi.
Sepanjang berada di situ selama kurang 2 tahun, negeri itu penuh dengan politiking. Siang malam cakap politik. Orang itu kafir, orang itu taghut, orang itu zalim, orang itu masuk neraka. Semua yang jahat ialah kerajaan Pusat dan orang UMNO. Hanya mereka yang masuk syurga.
Selama satu generasi itulah rakyat Kelantan diindoktrinasikan otak dan fikiran mereka. Yang putih jadi hitam, yang hitam jadi putih.
Saya bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan terbabit secara langsung dengan mereka.
Itu pasal apabila JAIS mengambil tindakan itu, ia terus disalahkan. JAIS tidak demokratik walaupun ia mengikut peraturan undang-undang dan Perlembagaan.
JAIS dulu semasa di bawah kerajaan yang dijatuhkan, tidak pernah diperlakukan sebegini. Agama Islam terus semarak, dan institusi surau dan masjid berkembang pesat. Mengapa kini ia berlaku semasa di bawah Pas?
Apakah Pas malu apabila berita rampasan Bible itu telah menjadi berita dunia? Apakah DAP dan PKR sangat marah?
Apa yang takut sangat, kitab suci al-Quran pun pernah dibakar, dipijak-pijak, dihina oleh Paderi Terry Jones dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida di Amerika Syarikat.
Penghinaan itu lebih dahsyat lagi daripada hanya merampas kitab Bible yang dilakukan mengikut undang-undang.
Jangan butakan mata-hati kita semua. Pihak musuh hanya mahu memecah belah umat Melayu Islam. Itu adalah grand design atau agenda besar mereka. Itu semua ialah cubaan neokolonisasi, penjajahan baru mereka bagi menukar sepenuhnya rejim Melayu Islam di negara ini.
Pas masih tidak sedarkah dan terus berfungsi atas dasar politik semata-mata. Mereka sudah tiada perasaan.
Wahai rakyat yang waras, marilah kita menyokong JAIS.
Jangan biarkan ia keseorangan -- dihentam, dibalun, dipersendakan. Bersatu teguh, bercerai roboh!- sumber