Sabtu, 27 Julai 2013

Kura-Kura Hisap 10 Batang Rokok Sehari

Agak kelakar bila terdengar seekor kura-kura di China yang ketagiha rokok. Tetapi ianya betul berlaku. Di pinggir banda Changchun, terdapat seekor kura-kura yang memerlukan nikotin setiap hari.
Kura-kura terlalu ketagih sehingga ia menghisap sehingga 10 batang rokok sehari. Menurut penjaga kura-kura itu, apabila reptilia itu inginkan rokok ia akan mengeluarkan sejenis bunyi mendesis dan mula gelisah.
Ingin tahu bila si kura-kura ini mula ketagih rokok?? Seoran chef, bernama Tang membantu majikannya menjaga reptilia istimewa itu. Menurutnya, segala-galanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila haiwan itu mula hilang minat ke atas makanan ikan hariannya.
Tang mendapati ada tulang ayam tersangkut di badannya, apabila ingin menariknya keluar Tang telah digigit dan ia menyakitkan. Satu-satunya cara untuk mengalih tulang ayam itu adalah dengan mengalih perhatian haiwan itu.
Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.
Keesokan harinya, ketika Tang duduk di kerusi dan menyalakan rokok selepas bekerja, sebaik sahaja melihat asap rokok berkepul-kepul, reptilia itu merangkak ke atasnya.
Tang terus sahaja menyalakan rokok dan memasukkan ke dalam mulut haiwan itu.
Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan. – sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan