Rabu, 7 Ogos 2013

6 jam selamat lelaki 400kg

Riegelsberg: Seorang lelaki seberat 400 kilogram terpaksa diselamatkan mengguna jentolak selepas dia diserang sakit jantung.
Michael Lehberger menelefon perkhidmatan kecemasan sebaik menyedari ada tanda-tanda dia akan diserang penyakit itu.

Bagaimanapun, dia tidak boleh dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat kerana terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu rumahnya di Riegelsberg, Jerman.
Anggota bomba terpaksa meruntuhkan dinding di bahagian tepi rumahnya untuk membuat lubang bagi menyelamatkannya.

Lehberger kemudian diturunkan dari biliknya di tingkat dua rumah dengan mengguna jentolak yang sudah dipasang dengan kusyen.

Pakar penyelamat sebelum itu menghabiskan masa membina perancah di luar rumah tetapi mendapati ia terlalu bahaya untuk mencuba dan mengangkatnya.
JENTOLAK mengangkut Lehberger ke hospital.
Operasi mengeluarkan Michael dari rumah itu memakan masa enam jam dan dia kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang direka untuk memuatkan empat orang.

Di hospital, dia ditempatkan di bilik khas yang dilengkapi dengan keperluan pesakit sepertinya.
Ketua operasi Volker Klien berkata: “Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Dia terlalu berat untuk dibawa dengan kereta.” Seorang jiran berkata, dia tidak pernah melihat Michael keluar dari rumah itu sejak dua tahun lalu. - sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan