Rabu, 31 Julai 2013

Gila!!! Tomboy Malaysia Dengan Anjingnya, Wanita Mesir Pula Berbogel Bantah Syariat Islam


Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir. Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm. Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.
Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam. Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden. Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini. Sementara keluarganya di Kaherah pula, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu. Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.- sumber


Tiada ulasan:

Catat Ulasan