London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.
Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.
Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu.
Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.
Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.
WOOD berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.
Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.
Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.
Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.
“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. - sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan