Isnin, 27 Januari 2014

EKSKLUSIF!!! Di mana letaknya maruah kita?


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: “Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia”. Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan ‘ucapan rasis’ pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristana “makan di tandas” semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam -  sumber

LOCENG-LOCENG AMARAN!

Salam 2 all.

Di Sweden, saudara Azizul Awaluddin dan isteri nya ditahan reman tanpa bicara oleh Mahkamah Sweden sejak 18 Dis tahun lepas hanya kerana cuba mendisiplinkan anak lelaki mereka berumur 12 tahun yang tidak bersolat! Malahan beliau hilang keempat-empat anaknya yang diletakkan dibawah perlindungan pihak berkuasa dan ditempatkan dengan keluarga angkat bukan Islam. Begitu berat hukuman yang dikenakan terhadap beliau.

Jadi bila dua orang kanak-kanak lelaki Melayu-Islam berumur 10 tahun, Muhammad Nasvinder Muhammad Azit dan Mohd Izat Iqbal Mohd. Harith dihukum oleh guru berbangsa Cina di SJK (Cina) Khai Meng, Sungkai, Perak dengan hukuman bukan sahaja dirotan, malah digantung loceng lembu dibaju sekolah mereka, dipanggil lembu dan disuruh makan rumput; saya jangkakan guru tersebut akan dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat.

Rupanya tidak!

Di Malaysia negara yang diperintah oleh Kerajaan Melayu begitu bertoleransi dan bertolak ansur. Guru tersebut hanya ditukarkan sekolah, itupun kerana tindakannya 'mencemar nama baik kementerian'. Begitu mahal harga nama kementerian di Malaysia ini, lebih mahal daripada maruah agama dan bangsa!

Bila Pengerusi Lembaga SJK (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor menghina Islam dengan mengarahkan guru wanita Islam membuka tudung, dan dilapurkan bahawa guru tersebut juga di ancam keselamatannya, sekali lagi sikap toleransi Kerajaan Melayu terserlah apabila sekadar diberi amaran 'harap jangan berulang lagi' selepas Pengerusi tersebut dilapurkan kononnya memohon maaf.

Bila Ahli Parlimen Batu, Tianchua, yang pernah disabit kesalahan jenayah kerana menggigit polis dalam satu perhimpunan haram, mendakwa pertempuran Lahad Datu yang mengorbankan pasukan keselamatan kita sebagai sandiwara UMNO, sekali lagi parti Melayu menyerlahkan sikap toleransi yang super-tinggi bila melepaskan Tianchua daripada saman fitnah tanpa perlu memohon maaf pun, sekadar hanya menarik balik kenyataan fitnahnya itu!

Perbuatan guru berbangsa Cina di SJK (C) Khai Meng, Sungkai, Perak yang melakukan perbuatan biadap dan kurang ajar yang melampau terhadap 2 orang murid Melayu-Islam berumur 10 tahun tidak wajar disenyapkan begitu sahaja!

Perbuatan menggantung loceng lembu didada mereka, memanggil mereka dgn gelaran 'dua ekor lembu' dan memaksa mereka memakan rumput bukan sahaja mencabul hak asasi kanak-kanak, malah adalah satu bentuk penyiksaan yang akan membawa kesan traumatik berpanjangan kepada kanak-kanak ini.

Perlakuan guru-guru Cina ini bukan sahaja diluar perikemanusiaan, tetapi bersifat rasis apabila dua orang murid berbangsa Cina yang melakukan kesalahan sama tidak membuat kerja sekolah tidak dikenakan tindakan.

Saya melihat insiden-insiden ini sebagai satu virus perkauman melampau yang perlu ditangani segera.

Berapa lama kita nak berselindung dibalik topeng bahawa kejadian-kejadian ini terpencil dan tiada kena mengena dengan isu rasis dan keagamaan, dan boleh dilepaskan tanpa tindakan serius, sekadar minta maaf dan tarik balik kenyataan!

Saya boleh bariskan banyak lagi insiden-insiden berbaur rasis, perkauman dan keagamaan yang dilakukan dengan sengaja oleh segelintir kaum cauvinis, rasis dan ekstremis ini yang terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan serius sewajarnya!

Melepaskan mereka dengan sekadar meminta maaf dibibir sahaja hanya menebalkan lagi virus perkauman kaum cauvinis, rasis dan ekstremis ini. Mereka bertambah naik tocang bila sikap rasis, cauvinisma dan ekstremis mereka boleh terlepas begitu sahaja.

Kita masih ingat nama saperti Namewee, Alvavian, dan ramai lagi anak-anak Cina yang nampaknya makin menebal sikap dan perangai hodoh perkauman dan ekstremis mereka.

Ini belum lagi ditambah dengan sikap pimpinan cauvinisitk Cina yang membuat kenyataan melampau seperti kakitangan Melayu pemalas, MB Perak blackmetalik haramjadah dan macam-macam lagi kenyataan, tindakan dan sikap yang cauvinis, melampau dan ekstremis!.

Kerajaan dilihat terlalu lemah dan tunduk kepada cauvinis-cauvinis ini bila sekadar melepaskan mereka dengan hanya permohonan maaf tanpa sebarang tindakan tegas. Malah lebih menggusarkan apabila pihak berkuasa enggan mengakui hakikat kita sedang berdepan dengan satu virus perkauman melampau yang sudah merebak dan berakar umbi!

Kita harus berani berdepan dengan isu ini dan bertanya dengan jujur dimana silapnya?

Adakah sistem persekolahan vernakular menjadi puncanya? Satu kajian perlu dibuat secara holistik dan terperinci adakah mereka-mereka pengamal sikap cauvinis, rasis dan ekstremis perkauman dan keagamaan ini datang daripada latarbelakang sekolah vernakular?

Jika benar, kita harus berani melakukan transformasi dan perubahan - termasuk jika perlu menutup sekolah-sekolah ini jika benar ianya menjadi sarang pembiakan sikap cauvinis, rasis dan ekstremis ini!

Kerajaan pernah bersikap tegas menutup sekolah dan pondok agama Islam, mengharamkan pertubuhan dan persatuan Islam, menarik balik bantuan kewangan sekolah agama rakyat, malah menangkap dan memenjarakan individu-individu Islam yang dianggap sebagai pelampau atau sesat. Malah Kerajaan pernah gunakan ISA untuk tujuan itu; sehingga ada antara mereka dihukum gantung sampai mati!

Jadi persoalan yang ditanya oleh rakyat sekarang, mengapa tiada tindakan drastik dan serius terhadap pelampau perkauman, rasis dan ekstremis agama ini yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini?

Dan ramai rakyat bertanya, apa akan jadi jika insiden di SJK (Cina) itu dilakukan oleg guru Melayu terhadap anak murid Cina! Cuba bayang jika guru Melayu itu menggantung kepala babi atau menghukum budak-budak Cina supaya menyondol-nyondol macam khinzir? Apa akan jadi?

Kita boleh bayang apa akan jadi. Tak payah suruh nyondol, baru Gurubesar berbangsa Melayu di SMK Pristina menyediakan tempat makan dalam tandas yang tidak digunakan dan agak tertutup untuk murid-murid termasuk Melayu dan India makan dengan selesa kerana projek ubahsuai laman sekolah, isu itu ditohmah sebagai isu perkauman dan tengok apa jadi kepada Gurubesar malang yang berniat baik itu?

Jadi persoalannya, mengapa bila tiba kepada kaum lain, tindakan dikenakan terlalu ringan, dan kadang-kadang terlepas begitu sahaja? Kenapa kita tidak boleh mengenakan hukuman keras dan tegas?

Ini bukan soal perkauman! Ini bukan soal ras! Ini bukan soal engkau buat aku, aku buat engkau!

Ini soal kemanusiaan! Ini soal hak asasi! Ini soal akhlak! Ini soal perlindungan kepadsa kanak-kanak! Kita wajib tegas tanpa sebarang kompromi, tanpa sebarang perkiraan politiking! Kita tidak boleh dilihat lemah dan lembik dalam mendepani isu-isu seperti ini!

Adakah kelemahan Kerajaan bertindak tegas menjadikan mereka makin naik tocang? Adakah penghapusan ISA dan lain-lain undang-undang preventif menjadikan cauvinis rasis dan ekstremis ini makin biadap dan kurang ajar?

Jadi saya sarankan sudah tiba masanya Kerajaan memberanikan diri dan mngambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Pengerusi Lembaga SJK (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor patut dipecat dan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau peruntukan lain yang sewajarnya!

Guru-guru SJK (Cina) Khai Meng Sungkai, Perak patut dipecat serta merta dan dikenakan tindakan dibawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Kanun Kesiksaan.

Dan satu bentuk penyelesaian yang holistik, menyeluruh dan berani mesti diambil.

Janganlah kita terlalu bertolak ansur! Kena tolak..beransur; kena tolak..beransur! Kita harus berani, kita harus tegas, kita harus telus dan adil kepada semua pihak!

Jangan sampai nanti umat Melayu-Islam yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini merasa muak dengan kelemahan kita dan memilih untuk mengambil tindakan sendiri. Waktu itu nanti semuanya akan jadi menjadi terlambat!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Noordin

Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.


MINGGUAN: Apakah pandangan Pak Ungku tentang perpaduan negara sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa ialah penyatuan bangsa. Kita ada bahasa Melayu yang boleh menyatukan semua bangsa di negara kita. Dalam hal ini, pemimpin memainkan peranan penting. Mereka harus jelas tentang peranan dan apa yang dipimpin. Jangan terlalu mengutamakan pangkat dan duit. Kita harus hidup bersederhana, barulah kita boleh melaksanakan segala yang dirancang demi perpaduan.

Apakah yang perlu kita lakukan untuk mempertahankan apa yang kita ada sekarang termasuk Perlembagaan negara?

UNGKU AZIZ: Apa yang kita ada sekarang menunjukkan bahawa sistem yang kita ada itu betul. Tetapi apa yang kita mahu ialah keadaan sekarang ini jadi semakin baik. Bagi saya, Perlembagaan tidak perlu dicuit. Apa yang sedia ada cukup baik untuk perpaduan dan masa depan negara.

Bagaimana Pak Ungku melihat perpaduan dan perpecahan dalam kalangan orang Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Pada pandangan saya, perpecahan bukan sahaja berlaku antara Melayu dengan Melayu, ini termasuklah Melayu kota dengan Melayu luar kota. Melayu dalam UMNO dengan Melayu dalam Pas dan PKR. Antara orang Melayu yang muda dengan tua.
Hal ini sama kalau dibuat perbandingan dengan Arab Spring yang tak akan terjadi sebab orang Melayu sendiri banyak masalah yang tidak diatasi.
Bukan saya nak komen tapi dalam kalangan pemimpin Melayu, siapa tokoh yang boleh kita ikut. Tokoh itu mesti garang dan bersemangat.
Pada hari ini tak ramai pemimpin Melayu yang garang. Banyak pemimpin yang kompromi sana, kompromi sini - tiada pendirian yang teguh.
Pemimpin macam Winston Churchill, dia tak suka kompromi. Pemimpin macam dia berpendirian tetap dan berani. Soalnya siapa berani korbankan diri?
Kalau pemimpin itu tegas, kalau dia kata jangan buang sampah di tepi jalan, orang suka atau tidak dia tidak peduli. Itu pendiriannya.
Orang Melayu kita sejak beratus tahun lalu ada yang suka tikam dari belakang. Ini diajarkan oleh penjajah kepada orang Melayu dan diamalkan sampai sekarang.

Bagaimana Pak Ungku melihat isu kenaikan harga barang ketika ini?

UNGKU AZIZ: Harga barang naik kerana kuasa pasaran. Kita tidak boleh menghalang keadaan ini. Tetapi apa yang lebih penting ialah sikap orang Melayu berhadapan dengan situasi ini.
Orang Melayu merupakan golongan yang paling banyak berhutang. Mengikut statistik Bank Negara, ada yang memiliki 15 kad kredit dan mereka dibelenggu hutang.
Saya dilatih oleh arwah bapa saya supaya tidak berhutang sejak usia saya tujuh tahun lagi.
Saya masih ingat ketika saya berusia 17 tahun, saya mahu membeli kamera tetapi duit saya tidak cukup. Apa yang saya lakukan ialah menyimpan duit dan akhirnya saya berjaya membeli kamera tersebut. Malah kereta pertama yang saya beli tunai ialah kereta terpakai jenis Ford lama.
Saya juga telah melakukan penyelidikan sendiri untuk melihat dan memahami gaya hidup masyarakat Melayu yang tinggal di desa yang dibelenggu kemiskinan.
Saya lihat orang kampung akan menjual kambing, kerbau atau tanah mereka untuk menunaikan haji. Sekembalinya mereka dari sana, mereka tiada ternakan dan sumber rezeki lagi. Sebab itu, saya cetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH).
LUTH sebenarnya membantu ekonomi orang Melayu untuk jangka masa yang panjang

Bagaimana Pak Ungku melihat penggunaan bahasa Melayu sekarang?

UNGKU AZIZ: Bahasa rasmi negara ialah bahasa Melayu. Sayang sekali bahasa Melayu ketika ini dikira bahasa rojak. Seolah-olah tidak mempunyai keperibadian sendiri sama seperti budaya kita.
Ada perkataan bahasa Melayu yang ditokok tambah dan lebih menyedihkan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa Melayu.
Saya tahu bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan tidak dapat disangkal. Itu tidak bermakna masyarakat perlu mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Saya tidak nafikan bahasa Cina (Mandarin) bakal menguasai global dalam masa 10 hingga 15 tahun akan datang.

Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bahasa Melayu terus kekal sebagai bahasa kebangsaan? Ini kerana ada kaum yang langsung tidak mahu mempelajari bahasa Melayu.

UNGKU AZIZ: DI Amerika Syarikat kaum imigran berlumba-lumba belajar bahasa Inggeris untuk berkomunikasi atau mencari pekerjaan. Yang dimaksudkan dengan bahasa Inggeris ialah bahasa Inggeris Amerika.
Bukan bahasa Inggeris England. Para pelajar baik muda atau tua termasuk kanak-kanak meskipun yang sememangnya boleh berbahasa Inggeris (England) diadun dan dilentur supaya bertutur dan menulis dalam loghat bahasa Inggeris Amerika.
Berbagai kemudahan disediakan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, termasuk institusi-institusi pelajaran untuk orang dewasa.
Namun tidak ada kaum imigran yang protes. Tidak ada yang mendesak supaya bahasa etnik mereka diterima sebagai bahasa rasmi.
Sebaliknya rakyat Amerika amat bangga dengan bahasa Inggeris Amerika.
Keadaan berbeza dengan Malaysia, kita tidak ada kelas khas untuk mereka yang tidak tahu menggunakan bahasa Melayu.
Apa salahnya kita wujudkan kelas atau kursus bagi orang dewasa yang berumur 20-an ke atas khususnya orang luar yang mendapat status kewarganegaraan tetapi tidak tahu berbahasa Melayu. Kita juga boleh mengadakan kelas melalui internet dan lama-kelamaan bahasa Melayu akan terus kekal sebagai Bahasa Kebangsaan.
Kita mesti ada satu bahasa untuk semua orang sebagai simbol perpaduan.

Bagaimana Pak Ungku melihat peranan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu?

UNGKU AZIZ: Masalah paling utama ialah kita tiada penguasaan. Lama-kelamaan semangat cintakan bahasa Melayu akan hilang. Kita ada banyak rancangan tetapi pelaksanaan kurang. Itulah yang patut dilakukan oleh pihak berkuasa. Mereka harus melaksanakan kuasa, kalau tidak, semuanya akan terlepas - sumber

KETUA PUTERI DAH MULA BERSUARA

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial Facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Bt Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.

“Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan. Ini kerana jika tidak dibendung dengan segera, kita khuatir puak-puak pelampau ini akan bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan.”

“Saya merasa amat kecewa kerana ada pihak yang terang-terangan ingin menggugat keharmonian dan menangguk di air keruh di saat pihak kerajaan bertungkus lumus merapatkan barisan untuk mengeratkan kembali hubungan 1Malaysia.

Lupakah kita terhadap usaha nenek moyang kita dahulu bersatu padu dan berjuang berhabis-habisan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu untuk memastikan semua bangsa dapat hidup bebas, aman dan damai?  Mengapa kita sewenang-wenangnya hendak menghancurkan kerukunan yang telah 57 tahun kita nikmati ini?”

Beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia, jika masih sayang dan cintakan Malaysia, hentikanlah perbuatan provokasi ini dan sama-samalah hormati agama Islam sebagai agama rasmin- sumber

Alhamdulilah Nik Aziz Akhirnya Dapat Hidayah...


Setelah membuat kenyataan yang tidak berapa konsistan selama dia menjadi menteri besar kelantan mengenai kalimah Allah, kini kenyataan terbaru nik aziz setalah pencen dari menjadi menteri besar agak mengejutkan, kenyataan terbaru nik ajis ini dilihat seolah-olah dia macam baru mendapat hidayah dari Allah Taala...

Baca kenyataan terbaru dari nik ajis ini, mungkinkah pemimpin-pemimpin pas pro evangalist akan mengatakan nik ajis bodoh, bangang dan tidak moderate...???

KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” ujarnya.

Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. Sumber

“Sudah sampai masanya seluruh pemimpin UMNO bangun menentang fitnah pembangkang” – Syed Ali


PEMIMPIN  UMNO di semua peringkat termasuk ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta menteri dan timbalan menteri diseru bangkit memerangi serangan fitnah yang kini semakin hebat dilancarkan oleh parti pembangkang terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, sudah sampai masanya seluruh kepimpinan UMNO termasuk barisan Ahli Majlis Tertinggi (MT) bangkit memerangi dakyah dan provokasi pembangkang yang disifatkan semakin kerterlaluan.

Pemimpin UMNO tegas beliau,  tidak perlu lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ serta hanya berpeluk tubuh terhadap serangan yang dilakukan pembangkang.

“Sampai bila kita perlu bersabar ? Kini kita kena bangkit dan melawan apa jua ancaman dan serangan yang dilancarkan pembangkang terhadap UMNO dan presiden parti,” tegasnya.

Katanya, pembangkang berusaha untuk melemahkan UMNO dan pentadbiran Najib dengan turut menjadikan keluarga Perdana Menteri sebagai mangsa serangan fitnah.

"Tak cukup dengan Najib, mereka (pembangkang) serang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak beliau dengan pelbagai laporan fitnah dan tohmohan jahat," katanya.

Rosmah kata Syed Ali lagi, berterusan menjadi mangsa serangan fitnah pembangkang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas disamping apa jua kerja -kerja kebajikan dilakukan beliau telah diputarbelitkan.

Sehubungan itu katanya, menjadi tanggungjawab seluruh ahli dan kepimpinan parti mempertahankan pentadbiran Perdana Menteri daripada menjadi bahan cercaan dan penghinaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menurut beliau, Najib dipilih oleh ahli-ahli UMNO maka menjadi tanggungjawab kepada seluruh ahli-ahli parti untuk mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri.

“Kita yang pilih Najib sebagai presiden parti, maka tidak sepatutnya kita membiarkan beliau keseorangan melawan asakan pembangkang, kita sepatutnya bersama beliau menentang musuh yang semakin keterlaluan,” ujarnya.

Katanya, UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras pelindung kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam tidak sepatutnya dibiarkan menjadi bahan kutukan pihak tertentu yang berselindung disebalik parti politik.

“Masanya sudah sampai untuk kita seluruh warga UMNO bangun  mempertahankan maruah dan kredibiliti parti dan pucuk pimpinan, kita kena bangkit menentang mereka habis-habisan,”tegasnya.

Beliau berkata, UMNO, orang Melayu dan umat Islam sekarang ini diperlekehkan oleh pihak tertentu dengan menggunakan pelbagai isu termasuk isu agama dan kaum.

Beliau turut kesal kerana sejak akhir-akhir ini bukan Melayu dilihat seperti sudah ‘naik tocang’ dengan memainkan sentimen perkauman dan agama sehingga mencetuskan keresahan di kalangan  masyarakat.

Katanya, selagi orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO berdiam diri selagi itulah parti pembangkang termasuk mereka yang anti-Melayu akan melancarkan pelbagai provokasi.

“Kita kena ingat, agenda mereka adalah untuk meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di negara ini, ujarnya.

Tambah beliau, pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja dalam usaha mereka melihat rakyat hidup saling berbalah sesama sendiri di atas isu agama dan kaum.

Menurut beliau lagi, parti –parti pembangkang termasuk kumpulan anti-kerajaan menggunakan laman-laman sosial sebagai saluran penyebaran maklumat mereka dengan pelbagai fakta yang diputarbelitkan.

“Mereka sensasikan sesuatu isu tanpa fakta yang jelas, jadikan fitnah seolah-olah satu berita benar, ini yang menyebabkan rakyat jadi keliru,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap seluruh  cawangan dan bahagian UMNO diseluruh negeri menggerakkan laman-laman sosial seperti portal berita dan laman blog bagi menyangi gerakan siber dilancarkan pembangkang.

Sementara itu, Syed Ali menyifatkan usaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras mewujudkan blognya tersendiri sebagai menepati hasrat pucuk pimpinan parti untuk menangkis serangan pembangkang.

“Saya bangga kerana Wanita UMNO Bahagian Cheras berjaya mewujudkan blognya tersendiri sebagai senjata utama untuk memerangi dakyah pembangkang,” tegasnya.

Beliau yakin kewujudan blog Wanita UMNO Bahagian Cheras akan turut menjadi pemangkin kepada sayap parti itu dalam usaha menyalurkan pelbagai maklumat kepada ahli-ahlinya.

“Apa yang penting, Wanita UMNO Bahagian Cheras telah bergerak ke hadapan, seperti Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian yang masing-masing sudah pun mempunyai blog tersendiri,” ujarnya.

Pelancaran laman blog Wanita UMNO Bahagian Cheras akan disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor esok (28 Januari 2014) di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Hajah Zurainah Haji Musa (gambar kanan) pula menyifatkan penubuhan laman blog itu sebagai langkah berkesan untuk memerangi dakyah pembangkang -


“Perang siber telah menjadi senjata utama parti-parti politik di negara ini, maka kita di pihak Wanita UMNO akan menggunakan saluran tersebut untuk menjawab pelbagai fitnah dan tohmohan pembangkang,” ujarnya -sumber

Sabtu, 18 Januari 2014

Aktiviti Amal Dan Kebajikan Part1



AJK UMNO Cawangan Kampung Melayu Bekok
Merakamkan Setinggi Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada

Penghulu Mukim Bekok
En Mohd Sany Bin Mohamed @ Isteri

Ketua Kampung Dan Selaku AJK UMNO Bahagian Labis
En Abd Rahman Bin Salan

AJK UMNO Bahagian Labis
En Zamaluddin Bin Hj Abd Wahid

Ketua UMNO Cawangan Rumah Rakyat
En Adni Bin Mat Som

Ketua UMNO Cawangan Bekok Bandar
En Adan Bin Kamisan

Ketua Kominiti 1Bekok
En Rene Bin Hassan

Dan

Semua yang terlibat, kerana sudi hadir dan melapangkan masa.

Pihak kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang sudi menyumbangkan makan dan minum semoga jasa baik tuan/puan diberkati Allah SWT.

Terima Kasih



Video Slide Show





















Selasa, 14 Januari 2014

Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 14 Januari 2014 (1435H) Peringkat Daerah Segamat


Kumpulan Kompang Kampung Melayu Bekok
Menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 
Peringkat Daerah Segamat 
Mewakili Mukim Bekok

Setinggi-tinggi Penghargaan 
Kepada Penghulu Mukim Bekok 
En Mohd Sany Bin Mohammad,
 Ketua Kampung 
En Abd Rahman Bin Salan,
Ketua UMNO Cawangan Kg Melayu Bekok, 
Encik Jaafar Bin Sharif,
Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg Melayu Bekok, 
Pn Zaleah Bte Meon, 
Ketua Pemuda UMNO Cawangan,
Sdr Irwan Bin Jaafar
AJK UMNO Cawangan, 
Ahli-ahli Kumpulan Kompang Kampung Melayu Bekok
Dan Mereka Yang Terlibat.