Jumaat, 10 Januari 2014

VIDEO: Kisah Kesedihan Dr. Ridhuan Tee Berdakwah Dengan Ibunya Ketika Nazak…

PERTANDINGAN akhir Pencetus Ummah malam tadi ‘dikejutkan’ dengan kisah sedih pengacara program yang juga pendakwah, Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang menceritakan saat-saat bagaimana beliau berusaha memujuk ibunya untuk memeluk Islam ketika ibunya itu di ambang maut.
Dengan linangan airmata, Dr. Ridhuan mengimbas kembali detik itu yang ternyata mengundang kesedihan para penonton di dewan dan di rumah.
Anda saksikan sendiri petikan klip video tersebut, pasti anda akan tersentuh dengan tazkirah ringkas Dr. Ridhuan itu yang menyaksikan pakar motivasi, Datuk Dr. Fadzillah Kamsah dan Ustaz Hassan Mahmood Al-Hafiz turut sama mengalirkan airmata… sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan