Sabtu, 10 Ogos 2013

Marhaban Sempena Aidil Fitri 2013

Memori  Aidil Fitri 2013 pada 3 Syawal 1434H Kampung Melayu Bekok






















                     En Jaafar Bin Shariff menyampaikan derma daripada Kumpulan Marhaban kepada isteri 
                                                                 Encik Ismail Bin Amin yang menghidap kanser
















Semoga bersua lagi di Syawal mendatang Insyaallah.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Rabu, 7 Ogos 2013

6 jam selamat lelaki 400kg

Riegelsberg: Seorang lelaki seberat 400 kilogram terpaksa diselamatkan mengguna jentolak selepas dia diserang sakit jantung.
Michael Lehberger menelefon perkhidmatan kecemasan sebaik menyedari ada tanda-tanda dia akan diserang penyakit itu.

Bagaimanapun, dia tidak boleh dibawa ke hospital oleh pasukan penyelamat kerana terlalu gemuk untuk dibawa keluar menerusi pintu rumahnya di Riegelsberg, Jerman.
Anggota bomba terpaksa meruntuhkan dinding di bahagian tepi rumahnya untuk membuat lubang bagi menyelamatkannya.

Lehberger kemudian diturunkan dari biliknya di tingkat dua rumah dengan mengguna jentolak yang sudah dipasang dengan kusyen.

Pakar penyelamat sebelum itu menghabiskan masa membina perancah di luar rumah tetapi mendapati ia terlalu bahaya untuk mencuba dan mengangkatnya.
JENTOLAK mengangkut Lehberger ke hospital.
Operasi mengeluarkan Michael dari rumah itu memakan masa enam jam dan dia kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans yang direka untuk memuatkan empat orang.

Di hospital, dia ditempatkan di bilik khas yang dilengkapi dengan keperluan pesakit sepertinya.
Ketua operasi Volker Klien berkata: “Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini. Dia terlalu berat untuk dibawa dengan kereta.” Seorang jiran berkata, dia tidak pernah melihat Michael keluar dari rumah itu sejak dua tahun lalu. - sumber

Ahad, 4 Ogos 2013

Video: Hampir Lemas Di Sungai Sedim -Kulim

Video selama 3.38 minit ini menunjukkan bagaimana situasi panik, genting dan takut dua orang lelaki yang hampir mati lemas kerana dihanyutkan arus deras Sungai Sedim.
Dua orang lelaki ditengah-tengah sungai dipercayai terperangkap dek arus deras yang mengalir laju dari hulu mungkin selepas hujan lebat pada hari sebelumnya lantas tidak dapat berbuat apa-apa.
Orang ramai yang berada di tepi sungai cuba menggunakan dahan pokok untuk cuba menarik mangsa ke tepi lantas menyelamatkan mereka dari ancaman arus sungai yang deras itu.
Akhirnya kedua-dua lelaki berjaya diselamatkan dengan menggunakan tali dan ditarik selamat ke tepi sungai.
Sungai Sedim yang terletak di Kulim, Kedah biasanya terkenal di kalangan penggemar Sukan berakit arus deras dan ternyata dari video di atas, ia kelihatan begitu berbahaya.
Ketika saat mencemaskan itu, kedengaran suara perakam video dari atas lokasi dipercayai jambatan turut menyuarakan kebimbangan jika kedua-dua mangsa itu hanyut dibawa arus.
Kejadian dipercayai berlaku pada Jun lalu  dan sehingga hari ini sudah ditonton sebanyak 14,724 kali. – sumber

Sabtu, 3 Ogos 2013

KETAHUI KEJAYAAN YAHUDI DI MALAYSIA !!!

Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!...

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wani ta. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!- sumber

Rabu, 31 Julai 2013

Gila!!! Tomboy Malaysia Dengan Anjingnya, Wanita Mesir Pula Berbogel Bantah Syariat Islam


Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir. Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm. Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya.
Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam. Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu.

Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden. Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini. Sementara keluarganya di Kaherah pula, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu. Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu.- sumber


Selasa, 30 Julai 2013

Ranting kayu tusuk leher

London: Seorang penunggang basikal tertusuk ranting kayu sepanjang 38 sentimeter di lehernya.
Kejadian berlaku selepas Adrian Wood, 34, terjatuh ketika menunggang basikal.
Ranting itu tertusuk pada vena jugular, peti suara dan esofagus bapa dua anak itu. 

Dia bernasib baik kerana ranting itu tidak mengena arterinya yang boleh menyebabkan dia mengalami pendarahan teruk hingga meragut nyawanya.

WOOD berhasrat untuk menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan.
Wood dikejarkan ke hospital Petersborough oleh rakannya dan doktor memberi harapan 50-50 untuk dia diselamatkan.

Bagaimanapun, pakar bedah berjaya membuang ranting itu dalam pembedahan yang memakan masa lima jam.

Wood kini semakin pulih dan berharap dapat pulang ke rumahnya tidak lama lagi.

“Saya akan menunggang semula secepat mungkin. Dan saya akan menyimpan ranting itu sebagai kenang-kenangan,” katanya. - sumber

Sabtu, 27 Julai 2013

Kura-Kura Hisap 10 Batang Rokok Sehari

Agak kelakar bila terdengar seekor kura-kura di China yang ketagiha rokok. Tetapi ianya betul berlaku. Di pinggir banda Changchun, terdapat seekor kura-kura yang memerlukan nikotin setiap hari.
Kura-kura terlalu ketagih sehingga ia menghisap sehingga 10 batang rokok sehari. Menurut penjaga kura-kura itu, apabila reptilia itu inginkan rokok ia akan mengeluarkan sejenis bunyi mendesis dan mula gelisah.
Ingin tahu bila si kura-kura ini mula ketagih rokok?? Seoran chef, bernama Tang membantu majikannya menjaga reptilia istimewa itu. Menurutnya, segala-galanya bermula kira-kira dua bulan lalu apabila haiwan itu mula hilang minat ke atas makanan ikan hariannya.
Tang mendapati ada tulang ayam tersangkut di badannya, apabila ingin menariknya keluar Tang telah digigit dan ia menyakitkan. Satu-satunya cara untuk mengalih tulang ayam itu adalah dengan mengalih perhatian haiwan itu.
Jadi, Tang mengambil rokok di mulutnya dan membiarkan kura-kura itu mengigitnya sehingga dia berjaya mengeluarkan tulang itu.
Keesokan harinya, ketika Tang duduk di kerusi dan menyalakan rokok selepas bekerja, sebaik sahaja melihat asap rokok berkepul-kepul, reptilia itu merangkak ke atasnya.
Tang terus sahaja menyalakan rokok dan memasukkan ke dalam mulut haiwan itu.
Selepas itu, mereka sering hisap rokok bersama sehingga menjadi satu ketagihan. Sekarang, setiap kali ia mengikuti Tang sekitar mana sahaja dia pergi, merangkak di atas beliau sehingga ia mendapat nikotin yang diinginkan. – sumber