Isnin, 27 Januari 2014

LOCENG-LOCENG AMARAN!

Salam 2 all.

Di Sweden, saudara Azizul Awaluddin dan isteri nya ditahan reman tanpa bicara oleh Mahkamah Sweden sejak 18 Dis tahun lepas hanya kerana cuba mendisiplinkan anak lelaki mereka berumur 12 tahun yang tidak bersolat! Malahan beliau hilang keempat-empat anaknya yang diletakkan dibawah perlindungan pihak berkuasa dan ditempatkan dengan keluarga angkat bukan Islam. Begitu berat hukuman yang dikenakan terhadap beliau.

Jadi bila dua orang kanak-kanak lelaki Melayu-Islam berumur 10 tahun, Muhammad Nasvinder Muhammad Azit dan Mohd Izat Iqbal Mohd. Harith dihukum oleh guru berbangsa Cina di SJK (Cina) Khai Meng, Sungkai, Perak dengan hukuman bukan sahaja dirotan, malah digantung loceng lembu dibaju sekolah mereka, dipanggil lembu dan disuruh makan rumput; saya jangkakan guru tersebut akan dikenakan tindakan tegas dan hukuman berat.

Rupanya tidak!

Di Malaysia negara yang diperintah oleh Kerajaan Melayu begitu bertoleransi dan bertolak ansur. Guru tersebut hanya ditukarkan sekolah, itupun kerana tindakannya 'mencemar nama baik kementerian'. Begitu mahal harga nama kementerian di Malaysia ini, lebih mahal daripada maruah agama dan bangsa!

Bila Pengerusi Lembaga SJK (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor menghina Islam dengan mengarahkan guru wanita Islam membuka tudung, dan dilapurkan bahawa guru tersebut juga di ancam keselamatannya, sekali lagi sikap toleransi Kerajaan Melayu terserlah apabila sekadar diberi amaran 'harap jangan berulang lagi' selepas Pengerusi tersebut dilapurkan kononnya memohon maaf.

Bila Ahli Parlimen Batu, Tianchua, yang pernah disabit kesalahan jenayah kerana menggigit polis dalam satu perhimpunan haram, mendakwa pertempuran Lahad Datu yang mengorbankan pasukan keselamatan kita sebagai sandiwara UMNO, sekali lagi parti Melayu menyerlahkan sikap toleransi yang super-tinggi bila melepaskan Tianchua daripada saman fitnah tanpa perlu memohon maaf pun, sekadar hanya menarik balik kenyataan fitnahnya itu!

Perbuatan guru berbangsa Cina di SJK (C) Khai Meng, Sungkai, Perak yang melakukan perbuatan biadap dan kurang ajar yang melampau terhadap 2 orang murid Melayu-Islam berumur 10 tahun tidak wajar disenyapkan begitu sahaja!

Perbuatan menggantung loceng lembu didada mereka, memanggil mereka dgn gelaran 'dua ekor lembu' dan memaksa mereka memakan rumput bukan sahaja mencabul hak asasi kanak-kanak, malah adalah satu bentuk penyiksaan yang akan membawa kesan traumatik berpanjangan kepada kanak-kanak ini.

Perlakuan guru-guru Cina ini bukan sahaja diluar perikemanusiaan, tetapi bersifat rasis apabila dua orang murid berbangsa Cina yang melakukan kesalahan sama tidak membuat kerja sekolah tidak dikenakan tindakan.

Saya melihat insiden-insiden ini sebagai satu virus perkauman melampau yang perlu ditangani segera.

Berapa lama kita nak berselindung dibalik topeng bahawa kejadian-kejadian ini terpencil dan tiada kena mengena dengan isu rasis dan keagamaan, dan boleh dilepaskan tanpa tindakan serius, sekadar minta maaf dan tarik balik kenyataan!

Saya boleh bariskan banyak lagi insiden-insiden berbaur rasis, perkauman dan keagamaan yang dilakukan dengan sengaja oleh segelintir kaum cauvinis, rasis dan ekstremis ini yang terlepas begitu sahaja tanpa sebarang tindakan serius sewajarnya!

Melepaskan mereka dengan sekadar meminta maaf dibibir sahaja hanya menebalkan lagi virus perkauman kaum cauvinis, rasis dan ekstremis ini. Mereka bertambah naik tocang bila sikap rasis, cauvinisma dan ekstremis mereka boleh terlepas begitu sahaja.

Kita masih ingat nama saperti Namewee, Alvavian, dan ramai lagi anak-anak Cina yang nampaknya makin menebal sikap dan perangai hodoh perkauman dan ekstremis mereka.

Ini belum lagi ditambah dengan sikap pimpinan cauvinisitk Cina yang membuat kenyataan melampau seperti kakitangan Melayu pemalas, MB Perak blackmetalik haramjadah dan macam-macam lagi kenyataan, tindakan dan sikap yang cauvinis, melampau dan ekstremis!.

Kerajaan dilihat terlalu lemah dan tunduk kepada cauvinis-cauvinis ini bila sekadar melepaskan mereka dengan hanya permohonan maaf tanpa sebarang tindakan tegas. Malah lebih menggusarkan apabila pihak berkuasa enggan mengakui hakikat kita sedang berdepan dengan satu virus perkauman melampau yang sudah merebak dan berakar umbi!

Kita harus berani berdepan dengan isu ini dan bertanya dengan jujur dimana silapnya?

Adakah sistem persekolahan vernakular menjadi puncanya? Satu kajian perlu dibuat secara holistik dan terperinci adakah mereka-mereka pengamal sikap cauvinis, rasis dan ekstremis perkauman dan keagamaan ini datang daripada latarbelakang sekolah vernakular?

Jika benar, kita harus berani melakukan transformasi dan perubahan - termasuk jika perlu menutup sekolah-sekolah ini jika benar ianya menjadi sarang pembiakan sikap cauvinis, rasis dan ekstremis ini!

Kerajaan pernah bersikap tegas menutup sekolah dan pondok agama Islam, mengharamkan pertubuhan dan persatuan Islam, menarik balik bantuan kewangan sekolah agama rakyat, malah menangkap dan memenjarakan individu-individu Islam yang dianggap sebagai pelampau atau sesat. Malah Kerajaan pernah gunakan ISA untuk tujuan itu; sehingga ada antara mereka dihukum gantung sampai mati!

Jadi persoalan yang ditanya oleh rakyat sekarang, mengapa tiada tindakan drastik dan serius terhadap pelampau perkauman, rasis dan ekstremis agama ini yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini?

Dan ramai rakyat bertanya, apa akan jadi jika insiden di SJK (Cina) itu dilakukan oleg guru Melayu terhadap anak murid Cina! Cuba bayang jika guru Melayu itu menggantung kepala babi atau menghukum budak-budak Cina supaya menyondol-nyondol macam khinzir? Apa akan jadi?

Kita boleh bayang apa akan jadi. Tak payah suruh nyondol, baru Gurubesar berbangsa Melayu di SMK Pristina menyediakan tempat makan dalam tandas yang tidak digunakan dan agak tertutup untuk murid-murid termasuk Melayu dan India makan dengan selesa kerana projek ubahsuai laman sekolah, isu itu ditohmah sebagai isu perkauman dan tengok apa jadi kepada Gurubesar malang yang berniat baik itu?

Jadi persoalannya, mengapa bila tiba kepada kaum lain, tindakan dikenakan terlalu ringan, dan kadang-kadang terlepas begitu sahaja? Kenapa kita tidak boleh mengenakan hukuman keras dan tegas?

Ini bukan soal perkauman! Ini bukan soal ras! Ini bukan soal engkau buat aku, aku buat engkau!

Ini soal kemanusiaan! Ini soal hak asasi! Ini soal akhlak! Ini soal perlindungan kepadsa kanak-kanak! Kita wajib tegas tanpa sebarang kompromi, tanpa sebarang perkiraan politiking! Kita tidak boleh dilihat lemah dan lembik dalam mendepani isu-isu seperti ini!

Adakah kelemahan Kerajaan bertindak tegas menjadikan mereka makin naik tocang? Adakah penghapusan ISA dan lain-lain undang-undang preventif menjadikan cauvinis rasis dan ekstremis ini makin biadap dan kurang ajar?

Jadi saya sarankan sudah tiba masanya Kerajaan memberanikan diri dan mngambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Pengerusi Lembaga SJK (Cina) Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor patut dipecat dan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 298A Kanun Kesiksaan atau peruntukan lain yang sewajarnya!

Guru-guru SJK (Cina) Khai Meng Sungkai, Perak patut dipecat serta merta dan dikenakan tindakan dibawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Kanun Kesiksaan.

Dan satu bentuk penyelesaian yang holistik, menyeluruh dan berani mesti diambil.

Janganlah kita terlalu bertolak ansur! Kena tolak..beransur; kena tolak..beransur! Kita harus berani, kita harus tegas, kita harus telus dan adil kepada semua pihak!

Jangan sampai nanti umat Melayu-Islam yang menjadi tonggak pemerintahan negara ini merasa muak dengan kelemahan kita dan memilih untuk mengambil tindakan sendiri. Waktu itu nanti semuanya akan jadi menjadi terlambat!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan