Sabtu, 21 Disember 2013

Perginya Saddam Hussin Tanpa Kita Sedari Kejayaannya…

Ramai yang tahu tentang sejarah hukuman gantung sampai mati terhadap bekas Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussein..
Tapi tak ramai tahu kenapa beliau dihukum gantung..?
Siapakah Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang..?
Dulu kita tak faham kenapa Saddam Hussain banyak bunuh rakyat Iraq..?
Kenapa Saddam Hussain sembelih ribuan rakyatnya sendiri..?
Rupanya kerana mereka adalah syiah. Kita salah faham kepada Saddam kerana media putar belit dek telunjuk yahudi israel dan amerika. Masa tu kita hanya ada TV dan surat khabar sebagai agent berita. Zaman tu myspace/friendster yg poyo, fesbuk tak popular lagi.
Saddam sudah tahu akan bahayanya syiah ini. Beliau sudah nampak ancamannya, maka beliau ambil tindakan menghapuskan etnik syiah yang makin ramai yg imigrasi dari Iran. Bertepatan dengan hadis nabi yang diriwayatkan dari Saidina Ali, nabi kata kalau jumpa golongan Rafidhah ini, maka bunuhlah mereka. Jadi nabi pesan suruh bunuh sebab nabi tahu mereka akan bawa kerosakan. Akhirnya terbukti sekarang kebangsatan syiah di Syria, Lubnan dan Iraq.
Iraq diperangi kerana Saddam “diktator yg zalim”, siapa yang report begitu pada PBB? Iran. Siapa yg bagi lapangan terbang digunakan tentera amerika? Iran. Siapa yang bagi ruang lautnya dan pelabuhannya digunakan amerika? Iran. Sekarang anda baru tahu dan baru sedar, bukan?
Ketahuilah beberapa ulama ASWJ di tanah arab mengisytiharkan Saddam mati dalam husnul khatimah.
Siapa pula Nouri Al-Maliki, Perdana Menteri Iraq sekarang?
Nouri Al-Maliki adalah seorang penganut Syiah yang telah berkuasa di Iraq sekarang. Kita ketahui bersama hubungan Ahmadinejad dengan Nouri Al Maliki adalah dekat sekali. Sebab Perdana Menteri Syiah di Iraq ini juga naik atas jasa Tehran. Maka itu, pada 18 Oktober 2010, Maliki terbang ke Tehran pada hari Isnin untuk meminta sokongan bagi masa jabatan barunya, kerana Iran telah mempunyai pengaruh yang signifikan di Baghdad sejak runtuhnya Saddam. Padahal jelas-jelas Nouri Al Maliki adalah kaki tangan Amerika di Iraq.
Sekarang Syria, Iran, Iraq telah dikuasai oleh seorang Pemerintah yang berfahaman Syiah..- sumber

Isnin, 16 Disember 2013

Nota Sedih, Amat Sedih Dari Sudut Hati Ahli UMNO



Aku copy terus dari sini


Assalamualaikum Pak Syed.

Saya mulakan nota ini dengan lafaz keramat Bismillahhirrahmannirrahim, agar dengannya saya terpandu dan terpimpin untuk menyatakan sesuatu dengan niat kerana Allah jua. Hidup ini ringkas, singkat. 

Saya bimbang jika saya bertangguh, tidak sempat maka saya akan gagal mnjawab di Mahkamah Allah Rabbuljalil.

Saya tidak berpeluang bercakap di Perhimpunan Agung UMNO walaupun saya telah mnjadi ahli UMNO sejak berumur 18 tahun 

(Puluhan tahun lalu) Pada ketika itu saya menjadi ahli UMNO kerana datuk nenek dan ibu bapa saya mahu saya mewarisi mereka. Menjadi ahli UMNO yang setia sehingga ke akhir hayat.

Setelah sekian lama, baru sekarang saya mencatat sesuatu yang lahir daripada sudut hati saya. Jauh terbenam. Bergelora dan bercampur baur. Sayu, bimbang, kasih, marah saling kait mengait. Keliru juga sedang ikut sama mengisi secara serentak perasaan dan pemikiran saya.

Kalau boleh saya ingin berdiri di puncak gunung. Seluruh saf kepimpinan UMNO duduk bersila di sekeliling saya, berteleku mendengar saya bercakap meluahkan segala perasaan dan pemikiran saya dan kemudian saya redha mengadap Tuhan dengan mata tertutup rapat.

Saya ini orang UMNO. Dulu, kini dan insyaallah selamanya. Ini amanah datuk nenek saya. Saya genggam erat amanah ini. Tapi pada masa datuk saya menjadi ahli UMNO, beliau beberapa kali berjabat salam dengan Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Razak.

Datuk saya adalah ahli UMNO yang tidak memegang jawatan dalam parti, bahkan tidak bersekolah tinggi. Masih ada gambar kenangan mereka bersama tersimpan dalam almari peninggalan nenek. Walaupun telah kabur tapi ia tetap jelas dan dapat dikenali.

Pada masa itu tiada slogan atau ungkapan ' merasa denyut nadi rakyat '. Tetapi memang Presiden Parti turun ke cawangan cawangan UMNO , bercakap tentang hasrat dan cita cita parti. Arahala negara ke mana hendak dibawa.

Saya bertanya kepada rakan rakan Ketua Cawangan di kawasan saya, pernahkah bersalaman dengan Presiden UMNO? Tidak kata mereka sebab sewaktu Presiden parti turun ke negeri hanya pemimpin Bahagian dan Negeri yang berpeluang berdialog bersamanya.

Bahkan saya terkejut apabila diberitahu ada pemimpin cawangan tidak pernah bersua muka dengan Menteri Besar , tidak pernah. Maka sayapun mula rasa keliru, adakah benar UMNO ini parti inklusif atau sekadar pemanis mulut semata mata. UMNO sudah menjadi elitis dan bangsawan lebih bangsawan dari zaman Allahyarham ayahanda Tengku dulu. 

UMNO mesra rakyat, UMNO pejuang masa depan melayu, UMNO penyelamat melayu dan 1001 macam lagi retorik dan hegemoni politik yang berterusan disuapkan dan dimomokkan kedalam kepala otak orang melayu sehinggakan orang melayu sekarang ini sebegitu takut untuk berfikir dan bertindak melainkan terus memilih UMNO. Terus percaya UMNO pejuang dan menjamin survival melayu.

Barangkali kebenaran ini semua hanya 10 peratus sahaja tetapi yang 90 peratus lagi adalah bagi menjamin tembolok dan perut pemimpin UMNO terus kenyang dsn berisi. Hebat politik UMNO ni.

Saya mohon maaf kerana menjangka nyawa UMNO ini sudah tidak lama. Percayalah. Kunci nyawa UMNO adalah cawangan cawangan. Saya mula dapat rasakan pemimpin dan ahli di cawangan cawangan mula rasa seperti 'tidak berguna'.

Pengalaman menghadapi PRU 13 baru baru ini amat melukakan hati kami di cawangan cawangan. Tsunami 2008 telah menyebabkan UMNO memulakan gerak kerja sebaik sahaja keputusan PRU 12 diumumkan. Pusat Daerah Mengundi ditubuhkan, Bilik Gerakan dimulakan di peringkat Cawangan dan Lokaliti.

Di tempat saya, Ketua Cawangan diberikan peruntukan yang amat minima. Kerana itu ramai yang menggunakan wang sendiri untuk menjayakan kerja kerja Jalinan Rakyat, Ceramah dan bengkel. Tiada peruntukan, itulah alasan yang diberikan oleh Bahagian. Atas nama perjuangan, segala tanggungjawab dilaksanakan.

Tiba tiba kami terkejut apabila mendapat tahu, Kampung Baru Cina diberi peruntukan ratusan ribu ringgit. Hampir setiap minggu diadakan makan malam bertaraf hotel, menelan belanja puluhan ribu ringgit untuk sekali program. Maaf, saya kedengaran seperti cemburu, tetapi hakikatnya setiap minggu Ahli Parlimen kami hadir untuk program program bersama pengundi Cina dan India.

Sewaktu melawat ke kampung kami untuk Solat Jumaat, Ketua Cawangan diberikan tiga ratus ringgit untuk makan tengahari.

Di waktu PRU 13 makin hampir, kami di cawangan semakin tertekan. Program semakin banyak, peruntukan tidak juga turun sehinggalah Parlimen dibubarkan. Bayangkan perasaan kami di cawangan cawangan bilamana diperuntukkan dengan biskut mayat, air mineral dan rokok jenama OK (Kononnya diimport dari India)

Merokok adalah amalan tidak sihat, tetapi Pemuda kita di cawangan sebahagiannya merokok. Kata mereka rokok OK ini, nyamuk pun pengsan kerana asapnya.

Pemimpin bercakap tentang perjuangan dan pengorbanan tetapi mereka datang dengan kereta mewah dan menghisap curut luar negara.

Barangkali darah UMNO yang pekat menyebabkan kami terus bekerja dan alhamdulillah UMNO khasnya di kerusi luar bandar telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN ini. Perdana Menteri dan Presiden parti seakan amat menghargai UMNO apabila dengan berani mengisytiharkan Tsunami Cina telah berlaku.

UMNO menunggu dan menunggu. Apakah pengumuman besar Perdana Menteri untuk membalas pengorbanan kami selama ini. Sehingga kini tiada apa sebenarnya, tiada.

Yang diumumkan kenaikan harga minyak. Yang diumumkan kenaikan harga gula. Yang diumumkan kenaikan harga rokok. Dan yang diumumkan hari ini kenaikan tarif elektrik. Kami terkedu, malu. Kami beberapa hari tidak keluar ke kedai kopi kerana sewaktu kempen PRU13, kami janjikan Kerajaan yang prihatin dan memahami kesukaran rakyat.

Kami telah gagal mengotakan janji. Kami menjadi bahan lawak rakan rakan kerana hakikatnya selepas PRU 13, tiada apa apa yang istimewa untuk kita Orang Melayu yang telah menyelamatkan kerajaan UMNO/BN.

Kalaulah saya berpeluang bercakap kepada Perdana Menteri, saya ingin katakan betapa sukarnya menjadi aktivis UMNO di kampung kampung. Rakan rakan menyatakan Perdana Menteri telah hilang kawalan. Gagal mengawal segalanya. Saya bukan orang pandai. Bila ada orang datang dan beritahu orang kampung DS Najib sangat kuat membazir, mereka datang dengan data. Saya pula hampir percaya kerana Perdana Menteri tidak pernah menafikannya, bahkan kadang kala sinis bergelak ketawa.

Saya tak mampu menjawab bahawa DS Najib membazir apabila untuk ubahsuai rumah sahaja dalam tempoh lima tahun menghampiri 100 juta sedangkan untuk baikpulih rumah fakir miskin di kampung saya hanya lima ribu diperuntukkan.

Ada orang memberitahu  saya, Datin Rosmah Mansur mempunyai peruntukannya sendiri dan diwartakan dalam Bajet Negara. Apa agaknya yang patut saya nyatakan. Dalam Parlimenpun namanya disebut mengguna ' jet peribadi untuk lawan peribadi keluar negara '.

Anak anak muda di cawangan saya, yang pada PRU13 telah menyokong UMNO hari ini memberitahu saya bahawa di dalam blog dan face book banyak dinyatakan pembaziran yang Datuk Seri lakukan. Berbilion ringgit digunakan untuk hanya beberapa orang duduk berbincang dan memberi cadangan. Sedangkan yang bertungkus lumus memenangkan parti ialah kami di cawangan cawangan.

Anak anak kami celik maklumat. Mereka membaca berbagai cerita di dalam blog dan setakat ini tiada satupun yang dijawab oleh Perdana Menteri. Diam bermakna benar. Kami diminta untuk berhemah dalam berbelanja sedangkan Perdana Menteri dengan mudah berbelanja untuk sesuatu yang tidak pasti arah tujuannya.

Saya menerima amanah daripada datuk nenek saya, ibu bapa saya untuk terus bersama UMNO. Tapi saya berterus terang saya tidak berani meminta anak anak saya untuk setia bersama UMNO sedangkan saya sendiri mula meragui kemampuannya mentadbir negara.

Saya cuba berlapang dada. Namun kenyataannya pada setiap kali Datuk Seri bercakap tentang kemakmuran dan kemampuan negara, saya sentiasa terfikir kenapa semua harga barangan dan perkhidmatan naik sedangkan harga getah kami di kampung kekal rendah ?

Saya tidak fikir, saya mampu lagi untuk berdepan dengan orang kampung yang susah, anak muda yang menganggur dengan memberikan janji janji yang baru. Saya bimbang saya akan jadi orang tua yang tidak dihormati kerana bercakap perkara yang tidak betul.

Beberapa hari lagi UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agung. Saya sudah dapat bayangkan, ucapan bersemangat Presiden Parti, disusuli sorak sorai perwakilan. Kemudian akan ada perwakilan mengatakan inilah ucapan terbaik Presiden Parti.

Perbahasan selepas itu, akan mengandungi pujian pujian dan lawak jenaka. Akhirnya semua pulang tanpa sebarang keputusan yang padu untuk membina umat Melayu.

Saya mula berasa bimbang kerana dalam hati saya sudah ada keraguan. Saya mula mencari apakah kekuatan DS Najib Razak untuk kita banggakan ? Malangnya sampai sekarang saya tidak menemui apa apa. Bahkan sebaliknya saya mula berasa, DS Najib hanya berjaya berjanji tapi gagal menepati janji.

Saya amat bimbang, jika dalam PRU 13, orang Melayu di kampung telah menangkan UMNO, pada PRU 14, orang Melayu yang berasa tertipu dan terpedaya tidak akan berikan sokongan yang sama.

Kalaulah saya boleh bercakap dengan DS Najib, saya ingin katakan barangkali masanya telah sampai untuk beliau berundur kerana beliau telah gagal dan UMNO perlukan orang yang lebih ' gagah berani' untuk mencapai kejayaan di masa depan. Konsultan dan penasihat penasihat DS Najib lebih teruk dari bebudak tingkat 4 sebelum ini. DS Najib sebenarnye lebih teruk dari PM sebelum dia. DS Najib harus baca rintihan dan suara dari blog blog popular untuk sedar diri dan mengetahui rating dia sebagai PM sekarang ini. DS Najib jangan hanya tertumpu kepada Utusan dan jangan hanya dengar Omar Ong. 

Perletakan jawatan Tun M sebagai penasihat Petronas mesti dilihat sebagai satu indikasi yang serius tentang tahap pemerintahan DS Najib.

Percaya saya, ramai orang Melayu tidak pandai bercakap tetapi semuanya mempunyai perasaan yang sudah semakin meluat dengan kepimpinan negara. Khalayak yang marhain ini sudah mulai muak dengan muka dan retorik PM sekarang.

PM nak jaga semua penasihat dan konsultan dia, jagalah!

Kalau kami rakyat yang setia ini tidak dipeduli, tidak didengari, tidak diendakan maka tunggulah PRU14 ini akan kami pastikan undi kami kepada "syaitan yang telah kami kenali" kerana selama ini, baru kami sedar, kami semua dibohongi oleh "malaikat yang tidak kami kenali"

PK

Ahad, 15 Disember 2013

VIDEO PROF NASOHA:Pangkah BN Masuk Neraka????



Retorik UMNO ada batas

 AHLI UMNO bersemangat sewaktu mengikuti ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui skrin besar di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Kuala Lumpur, 7 Disember lalu. - UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

Perhimpunan Agung UMNO yang baru seminggu berlalu, besar kesannya terhadap saya secara peribadi yang pertama kali duduk di kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT). Perhimpunan ini bukan sekadar memenuhi tuntutan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi lebih besar daripada itu.
Ia adalah perhimpunan pemimpin Melayu bagi mencorak masa depan anak bangsa. Ia merupakan pertemuan peribadi bagi sekalian yang hadir memenuhi segenap ceruk Dewan Merdeka.
Saya kira, hanya pemimpin, ahli dan penyokong parti yang benar-benar memahami peri pentingnya pertemuan keluarga besar UMNO itu. Tidak mengapa kerana yang utama, kita tahu mengapa kita berada di sana.
Segala yang berlaku sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2013 mempunyai kepentingan tersendiri- tidak kiralah gerai yang berakhir dengan lelongan bagi menarik pelanggan, kumpulan makcik yang setia mengikuti ucapan dan perbahasan sambil bersila di depan layar besar di Aras 2 PWTC, atau sesi teh tarik tanpa henti bersama rakan-rakan sepanjang persidangan.
Semua itu, yang berlaku di luar dewan, sama penting dengan ucapan, keluhan, teguran dan cadangan perwakilan yang bergema di dalam Dewan Merdeka.
Kita bersua muka di luar dewan dan pantas bersalaman serta berpelukan sambil bertanya khabar selepas lama tidak berjumpa. Kemesraan itu menenggelamkan tinggi atau rendahnya jawatan kita dalam parti kerana yang terlintas di hati hanyalah keseronokan bertemu ahli keluarga selepas sekian lama.
Tanpa disedari, jabatan tangan dan pelukan dalam suasana kemeriahan itu turut mengukuhkan parti. Ketua bahagian dan ahli akar umbi saling berbual dan bertukar pandangan tanpa banyak protokol, malah ada kalanya Presiden parti turut menyapa kerana seperti saya katakan, ini adalah pertemuan adik-beradik UMNO.
Saya ada terbaca komen sinis sesetengah pihak yang mengatakan Perhimpunan Agung UMNO 2013 tidak lebih daripada retorik. Jawapan saya mudah. Mereka melihatnya sebagai retorik, saya melihatnya sebagai menyuntik semangat perjuangan.
Bagi kepemimpinan UMNO, Perhimpunan Agung UMNO adalah medan terbaik bagi kita menaikkan suhu semangat perjuangan ahli di semua peringkat. Ini adalah sebagai persediaan awal menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dalam tempoh empat tahun. Percayalah, empat tahun bukan tempoh yang panjang.
Kita jangan emosional atau hipokrit apabila membicarakan soal retorik. Semua parti politik di dunia bergantung kepada retorik sebagai penyambung perjuangan dan isu retorik jugalah yang menjadi pengisian dalam setiap perhimpunan agung parti masing-masing.
Ini boleh dilihat dalam Konvensyen Tahunan Parti Demokrat dan Republikan di Amerika Syarikat, Parti Buruh dan Konservatif di Britain dan di kampung halaman kita sendiri setiap kali Pas, DAP dan PKR mengadakan muktamar serta konvensyen tahunan. Justeru, apa perlu dihairankan apabila Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi retorik kerana satu dunia melakukannya!
Pun demikian, retorik UMNO ada batasnya. Harus diingat, banyak isu yang dibangkitkan dan idea baru dikembangkan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO. Kombinasi idea baru dan retorik parti ini mencetuskan semangat luar biasa dalam diri ahli setiap tahun, malah mereka meninggalkan perkarangan PWTC di akhir perhimpunan dengan tekad untuk terus berjuang demi parti disayangi.
Susur galur ini mungkin tidak difahami penggerak laman web yang bagai tidak menang tangan mengecam UMNO. Pelbagai tohmahan dan kritikan dilempar terhadap Perhimpunan Agung UMNO kali ini tetapi tidak mengapalah kerana bagi saya, setiap orang berhak meluahkan pandangan dan mereka boleh terus berbuat demikian.
Bagaimanapun, mereka lupa bahawa ada idea dan cadangan yang dikemukakan dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini boleh dibincang ke peringkat Majlis Tertinggi dan dengan kelulusan parti selepas diperhalusi sedalam-dalamnya, dibawa pula ke peringkat Kabinet. Itu cara UMNO atas nama perjuangan untuk semua.
Ada juga laporan media online mendakwa UMNO kini dilihat lebih bersifat berhaluan kanan sejak PRU-13, dan lebih cenderung kepada proses Islamisasi atau radikalisme. Saya juga terbaca tweet pemimpin DAP, Lim Kit Siang, yang memetik analisis berita portal online mengenai dakwaan ini.
Pandangan saya mudah. UMNO adalah parti yang menghormati proses demokrasi yang didukungi kuasa majoriti. Oleh kerana golongan majoriti Melayu/bumiputera terus menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), maka seharusnyalah UMNO mendengar suara majoriti serta mengkaji dasar-dasar yang setimpal dengan kehendak golongan majoriti berkenaan.
Kita harus menghormati kaedah ini kerana ia memenuhi tuntutan proses demokrasi. Rakyat memberi undi dan menjadi tanggungjawab UMNO serta BN untuk menghormati sepenuhnya kepercayaan itu selepas mereka memilih kerajaan sedia ada bagi mengekalkan kuasa.
Secara peribadi, saya berpendapat Lim Kit Siang harus menyalahkan diri sendiri kerana cuba 'mengaburi' mata pengundi bukan bumiputera untuk tidak menyokong BN. Di akhirnya, golongan berkenaan yang menanggung akibatnya berikutan kekurangan wakil mereka dalam kerajaan.
Ditakdirkan 'Green Party' bertapak di Malaysia dan menjadi kuasa politik utama yang membantu mengekalkan UMNO sebagai parti nombor satu Malaysia, pastinya rakyat akan mendengar mengenai dasar dan desakan mereka melaksanakan dasar yang mapan serta mesra alam.
Bagaimanapun, dalam konteks Perhimpunan Agung UMNO yang baru lalu, semua saranan dan desakan supaya dasar lebih tegas serta radikal dilaksanakan parti akan dikaji secara mendalam di peringkat MT UMNO, selain turut dibincang bersama rakan komponen dalam BN. Asasnya ialah kita mesti mendengar suara majoriti!
PAU 2013 turut peranan lebih besar yang digerakkan sayap Pergerakan Wanita dan Puteri dalam parti selama ini. Saya setuju dengan saranan Wanita supaya ahlinya yang berusia bawah 35 tahun menjadi ahli Puteri UMNO secara automatik sebelum diserap sebagai ahli Wanita UMNO sebaik melepasi usia 35 tahun. Percaturan itu agak sistematik dan harus digalakkan bagi membantu usaha mengukuhkan kedua-dua sayap.
Saya berpandangan keanggotaan dalam Puteri UMNO harus dikekalkan sehingga mereka berusia 40 tahun. Pada usia iu, ahli yang menyertai Wanita UMNO memiliki kelayakan dan pengalaman politik sewajarnya untuk dijadikan bekalan berkecimpung di peringkat lebih tinggi.
Saya juga gembira melihat sayap Pemuda, yang saya pernah anggotai tidak lama dulu, kekal menjadi sayap penting UMNO dalam mendokong dasar-dasar kritikal untuk agama dan bangsa.
Inilah indahnya UMNO. Keluarga besar ini tidak pernah sunyi daripada pelbagai ragam dan kerenah namun semuanya diterima sebagai sebahagian daripada proses yang mendewasakan parti. Saya yakin 3.4 juta ahli UMNO sayangkan parti ini kerana ikrar perjuangan kami tidak pernah berubah.
Atas nama agama, bangsa dan negara, perjuangan keramat UMNO akan dipelihara selama-lamanya- utusan

PERHIMPUNAN Agung UMNO ke-67: Pengkaderan harus berpaksikan Islam

PERHIMPUNAN Agung UMNO ke-67 yang berakhir Sabtu minggu lalu tentu sekali meninggalkan bekas mendalam pada semua pendokong parti. Buat penulis yang buat pertama kali berada di atas pentas bersama-sama dengan pimpinan utama parti selaku ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, turut sama merasai keterujaan perhimpunan tahunan keluarga besar UMNO.
Lebih menarik lagi dalam perhimpunan kali ini, selain isu-isu kitar semula yang sering berkumandang setiap kali perbahasan, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak turut menggagaskan idea baru yang segar sebagai teras idealisme perjuangan UMNO untuk masa depan.
Salah satu teras utama yang digagaskan Presiden selain meletakkan agenda Islam sebagai asas utama perjuangan, ialah aspek pengkaderan sebagai agenda besar buat UMNO untuk melangkah ke hadapan dengan lebih berkesan.
Yang dimaksudkan dengan pengkaderan bukan sekadar program menarik lebih ramai warga masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda untuk menyertai UMNO. Pengkaderan juga tidak hanya berbentuk program indoktrinasi parti secara melulu agar pendokong berterusan taksub dan bersetia dengan parti.
Sebaliknya program pengkaderan yang dicetuskan Presiden UMNO adalah satu pendekatan segar, dinamik dan komprehensif untuk melahirkan lebih ramai pewaris perjuangan parti yang benar-benar mampu menjiwai perjuangan berteraskan agama, bangsa dan tanah air.
Apa yang penting UMNO sebagai parti tunjang rakyat Melayu-Islam tentunya memerlukan program pengkaderan yang kemas dan berkesan bagi mempersiapkan generasi pewaris yang mampu menggalas amanah perjuangan bangsa.
Kegagalan melahirkan generasi pewaris yang kuat dan berkualiti boleh mengakibatkan organisasi menjadi usang dimamah waktu hingga kehadirannya tidak lagi dirasai bahkan ketiadaannya pula disyukuri.
Apa yang lebih merunsingkan andainya pewaris-pewaris UMNO adalah dalam kalangan mereka yang lompong nilai perjuangan hinggakan yang lebih mengakar ialah nilai individualistik dan materialistik yang mampu menjahanam parti. Memang ketika ini semakin banyak gejala yang mengisyaratkan kepudaran idealisme perjuangan di kalangan para pendokong perjuangan.
Mengakarnya gejala politik wang misalnya adalah salah satu petanda bahawa perjuangan politik sedang mengalami krisis pendangkalan nilai yang parah. Lebih membimbangkan penulis sekiranya generasi pewaris diselaputi pemikiran bahawa perjuangan parti merupakan kerjaya cari makan atau lebih serius lagi jika ditanggapi sebagai wahana mengaut keuntungan, memperkayakan diri, keluarga dan suku-sakat.
Akhirnya, parti akan semakin hilang manusia-manusia berjiwa pejuang yang sanggup berkorban jiwa-raga dan harta-benda demi sebuah perjuangan yang luhur dan suci. Sebaliknya yang lahir adalah petualang-petualang berjiwa rakus yang sentiasa bersiap-siaga menghidu peluang dan ruang untuk memuaskan serakah nafsu yang tidak pernah kenal erti puas.
Sebab itulah usaha penjernihan harus segera dilakukan bagi membentuk idealisme luhur di kalangan generasi pewaris UMNO kini. Idealisme perjuangan yang dimaksudkan pastinya tidak boleh lari daripada matlamat asal perjuangan UMNO iaitu memartabatkan agenda Melayu-Islam sebagai teras perjuangannya.
Keunikan
Yang dimaksudkan dengan agenda Melayu-Islam tentunya meletakkan agama Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu dalam konteks negara Malaysia. Inilah sebenarnya keunikan dan dinamiknya perjuangan kebangsaan di Malaysia yang tidak boleh terpisah daripada unsur-unsur pengintegrasian antara elemen kaum dan agama.
Hakikatnya negara semacam berada di persimpangan apabila membicarakan pelbagai isu-isu Melayu dan kemelayuan termasuklah yang menyentuh aspek pendidikan, bahasa, budaya, akhlak muda-mudi, ekonomi dan politik orang Melayu. Usaha mempertahankan jati diri dan sistem nilai dalam era dunia tanpa sempadan kini juga cukup mencabar sekali.
Justeru usaha penjernihan harus segera dilakukan bagi membentuk idealisme luhur dalam kalangan generasi penerus perjuangan umat Melayu bagi memartabatkan agama dan bangsanya. Idealisme yang dimaksudkan pastilah memerlukan ramuan berteraskan tasawwur, prinsip dan nilai-nilai Islam sejati.
Memang Islam adalah satu-satunya benteng ketahanan umat Melayu. Sepanjang sejarah perjuangan Melayu, Islam sentiasa menjadi sumber dinamika dan daya juang setiap pendokongnya. Malah Islamlah yang menerasi keperibadian, watak dan pemikiran Melayu.
Takrif Melayu itu sendiri menurut Perlembagaan negara ialah seseorang yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu. Tanpa Islam, Melayu akan kehilangan segala-gala termasuk keperibadiannya. Sebarang usaha menanggalkan Islam juga bererti menghilangkan nilai kemelayuan itu sendiri.
Sebab itulah usaha mempersiapkan generasi pewaris yang kuat harus dimulai dengan penjanaan generasi muda yang terbangun di atas dinamika ketakwaan, keimanan dan keilmuan yang kental. Generasi muda yang dibangunkan di atas dasar tauhid pasti akan lebih memahami dan menjiwai amanah perjuangan umat yang bakal diwariskan kepada mereka.
Keterikatan kepada prinsip dan nilai-nilai agama dengan sendirinya membentengi mereka daripada segala bentuk penyimpangan yang boleh memporakperandakan agenda besar perjuangan bangsa dan negara.
Generasi berkualiti seperti ini jelas ternukil dalam al-Quran: “Generasi yang tidak mudah dilalaikan oleh perniagaan dan jual beli (untuk mengaut keuntungan duniawi) daripada mengingati Allah. Mereka mengerjakan solat dan membayar zakat. Mereka sentiasa gentar kepada hari yang pada ketika itu hati dan penglihatan mereka bergoncang". (An-Nur: 37)
Demikianlah generasi Quranik yang menyepadukan unsur-unsur duniawi dan ukhrawi, rohani dan jasmani, iman dan amal, ilmu dan akhlak sehingga segala strategi hidupnya sentiasa berpaksikan Islam. Keterlibatan dalam politik mahupun kegiatan ekonomi bukan hanya didorong oleh keserakahan nafsu tetapi dirangsang oleh prinsip agama dan nilai kehambaan jitu pada yang Maha Esa.
Membina generasi pewaris Melayu yang kuat merupakan satu jihad yang perlu berterusan mendapat perhatian utama pucuk pimpinan UMNO terutamanya dalam menghadapi pelbagai realiti cabaran masa kini dan hari depan.
Apa yang harus dikhuatiri, kegagalan mempersiapkan generasi penerus perjuangan yang beridealisme Islam yang luhur hanya mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada survival parti malah masa depan bangsa, agama dan negara.
Cukuplah isyarat al-Quran mengenai keperluan membina generasi pewaris yang kuat dijadikan iktibar: “Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan di belakang mereka zuriat yang lemah". (An-Nisa:9)
Penulis adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).- utusan

UMNO, Pas perlu bincang isu ummah

KUALA LUMPUR 14 Dis. - UMNO dan Pas dinasihatkan supaya 'duduk semeja' bagi merungkai pelbagai masalah melibatkan orang Melayu dan Islam, khususnya isu berkaitan Syiah.
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, untuk itu pendekatan 'muzakarah' tidak lagi sesuai digunakan.
''Duduk semeja dan bukannya berdebat yang tidak akan dapat menyelesaikan masalah, seperti mana pemimpin Pas serta pengikut mereka fikirkan apabila diajak berunding.
''Fahaman Syiah (khususnya) yang menular di negara ini perlu dibanteras habis-habisan, terutama yang dipegang serta diamalkan golongan berpengaruh seperti pemimpin politik, pendidik dan profesional,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, isu-isu termasuk Syiah yang membawa perpecahan umat Islam wajar ditangani sebaiknya supaya negara tidak mudah dipergunakan pihak luar untuk menghancurkan Islam.
''Kita tidak mahu perpecahan ummah berlaku, seperti yang kita lihat di beberapa negara Islam lain. Zionis dan barat akan menggunakan perpecahan itu untuk menghancurkan Islam.
''Kita sedia maklum, mereka telah mempergunakan fahaman songsang atau fahaman Islam Liberal dalam usaha menghancurkan sistem negara ini dengan asas Islam sebagai agama Persekutuan,'' jelasnya.
Atas dasar itu ujarnya, pihak berkuasa perlu menangani ancaman tersebut termasuk menyiasat golongan pemimpin pelajar yang pernah menyertai Revolusi Iran pada 1979. - utusan

Sabtu, 14 Disember 2013

BAYANGKAN UMNO TIADA LAGI.


Di Perhimpunan Agong UMNO ke 67 tahun pada 3-7 Disember 2013 yang lepas, Presiden UMNO melunturkan beberapa ingatan dan persoalan dan meminta para perwakilan `Bayangkan jika UMNO tiada lagi di bumi Malaysia’ `Dimanakan orang Melayu hendak mengadu? Bermanja? `Akan hilang kah Melayu di dunia?

Penulis cuba bayangkan situasi situasinya untuk renungan bersama tetapi penulis akan `limit the scope of discussion’ kepada 3 perkara iaitu:-

1.    AGAMA
2.    EKONOMI
3.    PENDIDIKAN
Contoh contoh yang diberikan dibawah sebenarnya boleh di`expand’lagi.

AGAMA
Belum pun UMNO tiada di Malaysia, dan memiliki 88 kerusi Parlimen, pelbagai isu agama telah di persoalkan, di `test market’kan dan diperkotak katikkan tanpa segan silu dan semangat perlembagaan. Pakatan Rakyat yang merangkumi DAP, PKR dan PAS telah berjaya mempersoalkan tentang hukum Hudud, perlaksanaan produk Islam, mencetuskan idea kesamarataan agama, pruralisma, liberilisma, mempersendakan keratan hadis hadis, salahguna gelaran Khalifah, merendahkan tulisan jawi di papantanda, mempersoalkan peruntukan masjid berbanding dengan gereja, kuil dan rumah ibadat, hendak kebebasan mengamalkan LGBT, perkahwinan sejenis,tidak mementingkan kemoralan seseorang pemimpin dan banyak lagi. Kelangtangan mereka ini seolah olah `mengasuh’ rakyat menghina Allah, Nabi Muhammad, Ketua ketua Islam dan penganut Islam.

Ada isu agama Islam di mainkan oleh parti politik namun ada juga di juarai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Al Arqam, Al Muhanah, Kumpulan Syiah, Tuhan Haron dan banyak lagi.

Walaupun UMNO masih aktif membela agama Islam lagi, pemimpinnya berwawasan Islam Kesederhanaan, Kerajaan Malaysia di duga oleh Pakatan Rakyat satu per satu. The Herald, contohnya, ingin menggunakan Kalimah ALLAH didalam majalah mingguan versi Bahasa Malaysia. Namum di halang oleh Menteri dan KDN. The Herald menyaman Menteri dan KDN dan berjaya di Mahkamah Tinggi. KDN merayu di Mahkamah Rayuan dan berjaya menghalang penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Herald. Tentu sekali mereka merayu di peringkat tertinggi.

Ada hikmah juga pihak Gereja dan Pakatan Rakyat melakukan tindakan saman ini kerana ia berlaku semasa BN masa mendapat majoriti di Parlimen walaupun tidak 2 per 3 majority. Ahli Parlimen BN khasnya beragama Islam `terbangun daripada tidur’ akan tekanan politik yang diberikan oleh Pakatan Rakyat.  Bayangkan jika Pakatan Pembangkang menguasai Malaysia dan Parlimen. Tidak kah mereka sewenang wenangnya akan meminda perlembagaan? Penulis percaya tindakan mereka lebih dahsyat dan rakus daripada  Kerajaan BN.

Cuba kita bayangkan betapa getirnya dan goyahnya kedudukan orang Melayu.

EKONOMI
Perlembagaan Malaysia mengariskan hak istimewaan Melayu dengan jelas. Apabila Malaysia mederka, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera amat menyedihkan. Mereka hanya menguasai 2 peratus daripada ekonomi negara. Melalui UMNO, ekonomi Melayu dan Bumiputera meningkat kepada +- 20 peratus (lupa angka sebenar) tahun 2013. Dasar Ekonomi Baru mensasarkan 30 peratus dah belum mencapainya walaupun pelbagai kemudahan pinjaman dan geran serta latihan diberikan. Bayangkan tanpa UMNO, mungkin Proton atau Produa dimiliki oleh orang asing dan taikun Cina. Bayangkan tanpa pemimpin UMNO, tidak seteguhnya dan meluasnya perkhidmatan  Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain.

Dengan bantuan dan peluang diberikan UMNO selama 57 tahun ini pun, hanya satu atau dua bilionair Melayu dan Bumiputera berjaya di wujudkan berbanding dengan bilionair Cina. Senarai orang terkaya di Malaysia dari tangga pertama hingga kelima, masih di pegang oleh taikun Cina. Daripada 10 orang bilionair di Malaysia, kesemuanya berbangsa Cina melainkan 2 orang.

Ini bermakna UMNO kena gandakan usahanya 4 kali ganda untuk melahirkan 4 atau 5 orang bilionair Melayu Bumiputera.

Presiden UMNO terus memberi jaminan kepada para perwakilan UMNO yang beliau telah memberikan kata dua kepada GLC untuk membantu usahawan Bumiputera yang berkelayakan. KPI telah diberikan. Ketua GLC diberitahu mereka tidak perlu `apologistic’ kerana 67.9 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Kaum dominan di Malaysia ini perlu dibantu kerana mereka hanya menguasai `economy cake’ sebanyak +-20 peratus manakala Kaum Cina kuasai 60 peratus ekonomi Malaysia. Yang cantiknya, UMNO membantu Melayu Bumiputera tanpa merampas hak kaum Cina.

Melalui polisi dan keberkatan UMNO, GLC GLC seperti FELDA, Sime Darby, PNB, Tabung Haji dan GLC lain dapat ditubuhkan. Yang menjadi kebanggaan Malaysia ialah GLC ini menjadi gergasi dunia. Petronas dan FGV contohnya. Nama Tabung Haji sangat `harum’ di matakaca Kerajaan Arab Saudi. Proton dan Produa dikenali dunia. Bangunan Petronas Twin Tower membuktikan kemampuan Kerajaan Malaysia dan Petronas.Industri kelapa sawit Malaysia menjadi ikutan dan panduan banyak negara

Para kakitangan Kerajaan yang budiman. Cuba bayangkan hasrat DAP (jika menjadi Kerajaan Pusat) untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan daripada 1.2 juta orang kepada 600,000 orang. Apa yang terjadi kepada kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Hendak ke peniaga Cina menyerap sepertiga daripada jumlah itu? Tidak mungkin.

Para ibubapa, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada anak lelaki perempuan kita yang akan tamat pengajian tidak lama lagi? Atau suami atau isteri kita sebahgian daripada pekerja kontrak seramai 45,000 orang. Mana mereka ini nak bekerja?. Untuk itu, para ibubapa, suami isteri dan bakal graduan, tuan puan saudara saudari hendak menyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP?

PENDIDIKAN
Penulis tidak yakin UiTM sangat berjaya seperti saat ini jika tidak kerana polisi UMNO. Jumlah enrolmen sudah mencapai 180,000 pelajar Melayu dan Bumiputera. Kampus UiTM tersergam di setiap negeri. Di Melaka sahaja ada 3 kampus iaitu di Lendu, Bandar dan Merlimau (dalam pembinaan). Presiden UMNO sudah mengarahkan UiTM menambahkan jumlah enrolmen kepada 250,000 pelajar. Kerajaan yang di dokong oleh UMNO bersetuju menambah peruntukan untuk membina kampus baru.

Cuba kita bayangkan apa akan terjadi kepada UiTM jika desakan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, supaya UiTM membuka pintu kepada kaum lain.menjadi kenyataan. Peluang melanjutkan pelajaran semakin mengurang jika tiada kampus baru. Pada hakikatnya terdapat banyak IPTA dan IPTS yang terbuka untuk semua kaum, tetapi UiTM juga yang menarik minatnya. IPTS lazimnya bilangan pelajar Cina mendominan di sana.

Desakan itu tidak dipersetujui UMNO dan NGO Melayu dan Bumiputera serta Persatuan Pelajar. Dengan satu protes aman yang puluh ribuan di Shah Alam, desakan itu di KIV sebentar. Penulis percaya, mereka sedang mencari jalan `menghidupkan semula’ desakan tersebut pada waktu yang sesuai. Ekoran daripada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor telah mengesyorkan UiTM di jadikan Universiti DiRaja. Baik juga idea dari UMNO ini.

Penulis yakin ramai kenalan blog dan facebook mempunyai adik atau anak atau anak saudara yang belajar di MRSM, Sekolah Sains, Matrik dan sebagainya. UMNO perjuangkan nasib anak Melayu mendapat kemudahan pembelajaran yang terbaik dengan kosnya di tanggong Kerajaan. Pelajar Melayu Bumiputera di MRSM, Sekolah Sains, Sekolah Asrama Penuh seperti Sekolah Tun Fatimah dan Tuanku Kursiah, adalah 80 peratus. Selepas SPM, mereka terus diberikan pendidikan istemewa di Matrikulasi dan peluang melanjutkan pelajar di IPTA tempatan ataupun luar negeri. Biasiswa dikurniakan kepada mereka. Penulis difahamkan seorang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran perubatan di luar negara sehingga berstatus pakar, kosnya mencapai jutaan ringgit. Patut ke mereka ini tidak membalas budi Kerajaan BN/UMNO.? Cuba bayangkan Pakatan Rakyat memerintah  Malaysia. Mungkin MARA dibubarkan. MRSM dan Sekolah Sains membuka enrolmen pelajar Cina dan India dengan lebih besar. Jikalau kita perhatikan betul betul, untuk mengelakkan Kerajaan mengamalkan diskriminasi pendidikan, JPA memperuntukkan biasiswa berdasarkan merit. Ini bermakna pelajar Cina lebih ramai.

Untuk pengetahuan ramai, 3 orang anak penulis pernah belajar di sekolah Cina. Biasanya ibubapa Cina akan menghantar sendiri anak mereka ke sekolah. Sebab itu sekolah Cina selalu sesak. Waktu rehat jam 1 tgh ibubapa akan hantar makanan kerana ada kelas tambahan sehingga 4 petang. Pelajar tahun 1,2,3 akan habis sekolah 1.30 tgh. Ibubapa akan hantar anak ke tuition center setiap hari sehingga 6 petang untuk Homework dan tuition. Banyak belanjanya tetapi oleh kerana orang Cina sudah kaya keturunan, mereka sanggup bayar. Salah satu sebab pelajar Cina pandai ialah kerana ibubapa kaya.

Melalui perjuangan dan komitmen ahli politik UMNO, rasanya setiap negeri sudah mempunyai Universiti dan Kolej. Dengan kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, Telekom Malaysia Berhad menubuhkan Multimedia University, Tenaga Nasional Berhad mengadakan UNITEN, PNB membina Universiti Malaysia Kelantan  (UMK), PETRONAS menjuarai Universiti Petronas. Mungkin banyak lagi GLC Malaysia diarah menubuhkan Universiti dan kolej pendidikan. Di peringkat negeri pun ada, Contohnya Yayasan Melaka menguruskan Kolej Yayasan Melaka.

Alhamdulilah, sehingga saat ini, UMNO ikhlas melaksanakan agenda dibawah:-

Islam di pelihara dan di semarakkan
Raja dipermuliakan
UiTM dan pendidikan diperkasakan
Ekonomi Melayu + Bumiputera terus di bela


Dan insyALLAH, selagi UMNO berada ditampuk pemerintahan, Melayu tidak akan hilang di dunia. Dan UMNO menjadi wadah untuk orang Melayu dan Bumiputera.- sumber