KUALA LUMPUR 14 Dis. - UMNO dan Pas dinasihatkan
supaya 'duduk semeja' bagi merungkai pelbagai masalah melibatkan orang
Melayu dan Islam, khususnya isu berkaitan Syiah.
Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa
Malaysia, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, untuk itu pendekatan
'muzakarah' tidak lagi sesuai digunakan.
''Duduk semeja dan bukannya berdebat yang tidak akan dapat
menyelesaikan masalah, seperti mana pemimpin Pas serta pengikut mereka
fikirkan apabila diajak berunding.
''Fahaman Syiah (khususnya) yang menular di negara ini perlu
dibanteras habis-habisan, terutama yang dipegang serta diamalkan
golongan berpengaruh seperti pemimpin politik, pendidik dan
profesional,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, isu-isu termasuk Syiah yang membawa perpecahan umat
Islam wajar ditangani sebaiknya supaya negara tidak mudah dipergunakan
pihak luar untuk menghancurkan Islam.
''Kita tidak mahu perpecahan ummah berlaku, seperti yang kita lihat
di beberapa negara Islam lain. Zionis dan barat akan menggunakan
perpecahan itu untuk menghancurkan Islam.
''Kita sedia maklum, mereka telah mempergunakan fahaman songsang atau
fahaman Islam Liberal dalam usaha menghancurkan sistem negara ini
dengan asas Islam sebagai agama Persekutuan,'' jelasnya.
Atas dasar itu ujarnya, pihak berkuasa perlu menangani ancaman
tersebut termasuk menyiasat golongan pemimpin pelajar yang pernah
menyertai Revolusi Iran pada 1979. - utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan