Di Perhimpunan Agong UMNO ke 67 tahun pada 3-7 Disember 2013 yang lepas, Presiden UMNO melunturkan beberapa ingatan dan persoalan dan meminta para perwakilan `Bayangkan jika UMNO tiada lagi di bumi Malaysia’ `Dimanakan orang Melayu hendak mengadu? Bermanja? `Akan hilang kah Melayu di dunia?
Penulis cuba bayangkan situasi situasinya untuk renungan bersama tetapi penulis akan `limit the scope of discussion’ kepada 3 perkara iaitu:-
1. AGAMA
2. EKONOMI
3. PENDIDIKAN
Contoh contoh yang diberikan dibawah sebenarnya boleh di`expand’lagi.
AGAMA
Belum pun UMNO tiada di Malaysia, dan memiliki 88 kerusi Parlimen, pelbagai isu agama telah di persoalkan, di `test market’kan dan diperkotak katikkan tanpa segan silu dan semangat perlembagaan. Pakatan Rakyat yang merangkumi DAP, PKR dan PAS telah berjaya mempersoalkan tentang hukum Hudud, perlaksanaan produk Islam, mencetuskan idea kesamarataan agama, pruralisma, liberilisma, mempersendakan keratan hadis hadis, salahguna gelaran Khalifah, merendahkan tulisan jawi di papantanda, mempersoalkan peruntukan masjid berbanding dengan gereja, kuil dan rumah ibadat, hendak kebebasan mengamalkan LGBT, perkahwinan sejenis,tidak mementingkan kemoralan seseorang pemimpin dan banyak lagi. Kelangtangan mereka ini seolah olah `mengasuh’ rakyat menghina Allah, Nabi Muhammad, Ketua ketua Islam dan penganut Islam.
Ada isu agama Islam di mainkan oleh parti politik namun ada juga di juarai oleh kumpulan ajaran sesat seperti Al Arqam, Al Muhanah, Kumpulan Syiah, Tuhan Haron dan banyak lagi.
Walaupun UMNO masih aktif membela agama Islam lagi, pemimpinnya berwawasan Islam Kesederhanaan, Kerajaan Malaysia di duga oleh Pakatan Rakyat satu per satu. The Herald, contohnya, ingin menggunakan Kalimah ALLAH didalam majalah mingguan versi Bahasa Malaysia. Namum di halang oleh Menteri dan KDN. The Herald menyaman Menteri dan KDN dan berjaya di Mahkamah Tinggi. KDN merayu di Mahkamah Rayuan dan berjaya menghalang penggunaan Kalimah ALLAH oleh The Herald. Tentu sekali mereka merayu di peringkat tertinggi.
Ada hikmah juga pihak Gereja dan Pakatan Rakyat melakukan tindakan saman ini kerana ia berlaku semasa BN masa mendapat majoriti di Parlimen walaupun tidak 2 per 3 majority. Ahli Parlimen BN khasnya beragama Islam `terbangun daripada tidur’ akan tekanan politik yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. Bayangkan jika Pakatan Pembangkang menguasai Malaysia dan Parlimen. Tidak kah mereka sewenang wenangnya akan meminda perlembagaan? Penulis percaya tindakan mereka lebih dahsyat dan rakus daripada Kerajaan BN.
Cuba kita bayangkan betapa getirnya dan goyahnya kedudukan orang Melayu.
EKONOMI
Perlembagaan Malaysia mengariskan hak istimewaan Melayu dengan jelas. Apabila Malaysia mederka, kedudukan ekonomi Melayu dan Bumiputera amat menyedihkan. Mereka hanya menguasai 2 peratus daripada ekonomi negara. Melalui UMNO, ekonomi Melayu dan Bumiputera meningkat kepada +- 20 peratus (lupa angka sebenar) tahun 2013. Dasar Ekonomi Baru mensasarkan 30 peratus dah belum mencapainya walaupun pelbagai kemudahan pinjaman dan geran serta latihan diberikan. Bayangkan tanpa UMNO, mungkin Proton atau Produa dimiliki oleh orang asing dan taikun Cina. Bayangkan tanpa pemimpin UMNO, tidak seteguhnya dan meluasnya perkhidmatan Maybank, CIMB, Bank Islam dan lain.
Dengan bantuan dan peluang diberikan UMNO selama 57 tahun ini pun, hanya satu atau dua bilionair Melayu dan Bumiputera berjaya di wujudkan berbanding dengan bilionair Cina. Senarai orang terkaya di Malaysia dari tangga pertama hingga kelima, masih di pegang oleh taikun Cina. Daripada 10 orang bilionair di Malaysia, kesemuanya berbangsa Cina melainkan 2 orang.
Ini bermakna UMNO kena gandakan usahanya 4 kali ganda untuk melahirkan 4 atau 5 orang bilionair Melayu Bumiputera.
Presiden UMNO terus memberi jaminan kepada para perwakilan UMNO yang beliau telah memberikan kata dua kepada GLC untuk membantu usahawan Bumiputera yang berkelayakan. KPI telah diberikan. Ketua GLC diberitahu mereka tidak perlu `apologistic’ kerana 67.9 peratus penduduk Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Kaum dominan di Malaysia ini perlu dibantu kerana mereka hanya menguasai `economy cake’ sebanyak +-20 peratus manakala Kaum Cina kuasai 60 peratus ekonomi Malaysia. Yang cantiknya, UMNO membantu Melayu Bumiputera tanpa merampas hak kaum Cina.
Melalui polisi dan keberkatan UMNO, GLC GLC seperti FELDA, Sime Darby, PNB, Tabung Haji dan GLC lain dapat ditubuhkan. Yang menjadi kebanggaan Malaysia ialah GLC ini menjadi gergasi dunia. Petronas dan FGV contohnya. Nama Tabung Haji sangat `harum’ di matakaca Kerajaan Arab Saudi. Proton dan Produa dikenali dunia. Bangunan Petronas Twin Tower membuktikan kemampuan Kerajaan Malaysia dan Petronas.Industri kelapa sawit Malaysia menjadi ikutan dan panduan banyak negara
Para kakitangan Kerajaan yang budiman. Cuba bayangkan hasrat DAP (jika menjadi Kerajaan Pusat) untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan daripada 1.2 juta orang kepada 600,000 orang. Apa yang terjadi kepada kakitangan yang terpaksa diberhentikan. Hendak ke peniaga Cina menyerap sepertiga daripada jumlah itu? Tidak mungkin.
Para ibubapa, cuba bayangkan apa akan terjadi kepada anak lelaki perempuan kita yang akan tamat pengajian tidak lama lagi? Atau suami atau isteri kita sebahgian daripada pekerja kontrak seramai 45,000 orang. Mana mereka ini nak bekerja?. Untuk itu, para ibubapa, suami isteri dan bakal graduan, tuan puan saudara saudari hendak menyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP?
PENDIDIKAN
Penulis tidak yakin UiTM sangat berjaya seperti saat ini jika tidak kerana polisi UMNO. Jumlah enrolmen sudah mencapai 180,000 pelajar Melayu dan Bumiputera. Kampus UiTM tersergam di setiap negeri. Di Melaka sahaja ada 3 kampus iaitu di Lendu, Bandar dan Merlimau (dalam pembinaan). Presiden UMNO sudah mengarahkan UiTM menambahkan jumlah enrolmen kepada 250,000 pelajar. Kerajaan yang di dokong oleh UMNO bersetuju menambah peruntukan untuk membina kampus baru.
Cuba kita bayangkan apa akan terjadi kepada UiTM jika desakan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, supaya UiTM membuka pintu kepada kaum lain.menjadi kenyataan. Peluang melanjutkan pelajaran semakin mengurang jika tiada kampus baru. Pada hakikatnya terdapat banyak IPTA dan IPTS yang terbuka untuk semua kaum, tetapi UiTM juga yang menarik minatnya. IPTS lazimnya bilangan pelajar Cina mendominan di sana.
Desakan itu tidak dipersetujui UMNO dan NGO Melayu dan Bumiputera serta Persatuan Pelajar. Dengan satu protes aman yang puluh ribuan di Shah Alam, desakan itu di KIV sebentar. Penulis percaya, mereka sedang mencari jalan `menghidupkan semula’ desakan tersebut pada waktu yang sesuai. Ekoran daripada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor telah mengesyorkan UiTM di jadikan Universiti DiRaja. Baik juga idea dari UMNO ini.
Penulis yakin ramai kenalan blog dan facebook mempunyai adik atau anak atau anak saudara yang belajar di MRSM, Sekolah Sains, Matrik dan sebagainya. UMNO perjuangkan nasib anak Melayu mendapat kemudahan pembelajaran yang terbaik dengan kosnya di tanggong Kerajaan. Pelajar Melayu Bumiputera di MRSM, Sekolah Sains, Sekolah Asrama Penuh seperti Sekolah Tun Fatimah dan Tuanku Kursiah, adalah 80 peratus. Selepas SPM, mereka terus diberikan pendidikan istemewa di Matrikulasi dan peluang melanjutkan pelajar di IPTA tempatan ataupun luar negeri. Biasiswa dikurniakan kepada mereka. Penulis difahamkan seorang pelajar yang akan melanjutkan pelajaran perubatan di luar negara sehingga berstatus pakar, kosnya mencapai jutaan ringgit. Patut ke mereka ini tidak membalas budi Kerajaan BN/UMNO.? Cuba bayangkan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Mungkin MARA dibubarkan. MRSM dan Sekolah Sains membuka enrolmen pelajar Cina dan India dengan lebih besar. Jikalau kita perhatikan betul betul, untuk mengelakkan Kerajaan mengamalkan diskriminasi pendidikan, JPA memperuntukkan biasiswa berdasarkan merit. Ini bermakna pelajar Cina lebih ramai.
Untuk pengetahuan ramai, 3 orang anak penulis pernah belajar di sekolah Cina. Biasanya ibubapa Cina akan menghantar sendiri anak mereka ke sekolah. Sebab itu sekolah Cina selalu sesak. Waktu rehat jam 1 tgh ibubapa akan hantar makanan kerana ada kelas tambahan sehingga 4 petang. Pelajar tahun 1,2,3 akan habis sekolah 1.30 tgh. Ibubapa akan hantar anak ke tuition center setiap hari sehingga 6 petang untuk Homework dan tuition. Banyak belanjanya tetapi oleh kerana orang Cina sudah kaya keturunan, mereka sanggup bayar. Salah satu sebab pelajar Cina pandai ialah kerana ibubapa kaya.
Melalui perjuangan dan komitmen ahli politik UMNO, rasanya setiap negeri sudah mempunyai Universiti dan Kolej. Dengan kewarasan dan kebijaksanaan pemimpin UMNO, Telekom Malaysia Berhad menubuhkan Multimedia University, Tenaga Nasional Berhad mengadakan UNITEN, PNB membina Universiti Malaysia Kelantan (UMK), PETRONAS menjuarai Universiti Petronas. Mungkin banyak lagi GLC Malaysia diarah menubuhkan Universiti dan kolej pendidikan. Di peringkat negeri pun ada, Contohnya Yayasan Melaka menguruskan Kolej Yayasan Melaka.
Alhamdulilah, sehingga saat ini, UMNO ikhlas melaksanakan agenda dibawah:-
Islam di pelihara dan di semarakkan
Raja dipermuliakan
UiTM dan pendidikan diperkasakan
Ekonomi Melayu + Bumiputera terus di bela
Dan insyALLAH, selagi UMNO berada ditampuk pemerintahan, Melayu tidak akan hilang di dunia. Dan UMNO menjadi wadah untuk orang Melayu dan Bumiputera.- sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan