Lidah rasmi PAS, Harakahdaily, melaporkan bahawa Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Aziz Nik Mat meluahkan rasa syukur pada Allah SWT kerana tiada seorang pun perwakilan PAS yang mencadangkan agar partinya berbaik-baik semula dengan UMNO.
Nik Aziz berkata, perkembangan itu adalah sesuatu yang baik kerana ia jelas menunjukkan bahawa para penyokong PAS tidak lagi terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO. Itulah yang dilaporkan oleh Harakahdaily. Itu juga fakta dan bukan auta…
Nik Aziz merupakan seorang guru yang berjawatan Mursyidul Am PAS. Namun saya kurang pasti apa jenis “guru musyid” yang sesuai dilabelkan padanya. Selalunya, seorang guru mursyid akan menyeru anak-anak buahnya ke arah kebaikan dan bersyukur sekiranya mereka melakukan perkara yang diredhai Allah SWT.
Namun dalam hal ini, sangat berlawanan pula sifat “guru mursyid” yang dipamerkan Nik Aziz.
Dalam sebuah hadith sahih Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang berbunyi, “tidak akan masuk syurga bagi mereka yang memutuskan silaturrahim”, jelas ulama mentafsirkan tentang kepentingan ukhuwah sesama Islam yang harus dipelihara sebaiknya.
Malah di dalam hadith yang juga diriwayatkan oleh Imam Muslim yang mafhumnya Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa tidak halal bagi seseorang muslim itu untuk tidak bertegur siapa denga saudaranya (seagama) melebihi tiga hari dan yang terbaik di antara mereka yang tidak bertegur siapa itu ialah mereka yang mula memberi salam terhadap saudaranya.
Dari kedua hadis di atas, ternyata Islam melarang umatnya bermasam muka. Apatah lagi bergaduh sehingga berhari-hari, bukan? Malah Rasulullah SAW mengajar kita untuk sering berbaik-baik sesama ummah (yang terbaik di antara mereka ialah yang memberikan salam terlebih dahulu).
Namun lain pula halnya dengan Nik Aziz. Dia bersyukur pada Allah kerana tiada seorang pun anak buahnya yang mengesyorkan agar PAS berbaik-baik dengan UMNO? Sedangkan PAS itu merupakan sebuah jemaah umat Islam dan UMNO juga merupakan jemaah majoriti umat Islam! Kita hanya berbeza pandangan politik, tapi kita semua tetap umat Muhammad SAW, bukan?
Jadi kenapa Nik Aziz bersyukur bila tiada umat Islam dari pihak jemaahnya yang mencadangkan agar umat Muhammad SAW di Malaysia ini berbaik-baik? Pada saya, dia sepatutnya berdukacita mengenangkan akhlak para jemaahnya yang gagal ditarbiyah dengan baik untuk mencontohi ajaran dan suluk yang dianjurkan Rasulullah SAW.
Apa maknanya bila tiada seorang pun anak-anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pada saya, itu membawa maksud bahawa dia sebagai Mursyidul Am PAS gagal sama sekali mentarbiyah anak-anak buahnya supaya merapatkan ukhuwah sesama Islam. Apakah itu yang diajar Rasulullah SAW pada Nik Aziz?
Nik Aziz berbangga bila tiada seorang pun anak buahnya yang terfikir untuk berbaik-baik dengan UMNO? Pemikiran “guru mursyid” jenis apakah ini? Bangga bila umat Islam di Malaysia bermusuhan sesama sendiri? Nik Aziz sukakan pepecahan di kalangan umat Islam? Kenapa sampai begitu teruk sekali pemahaman Islam di benak Nik Aziz?
Dalam kenyataannya, dia mahu semua penyokong PAS memberi masa 2 tahun pada kepimpinan PAS yang baru untuk melaksanakan tanggungjawab dan selepas itu barulah boleh ditegur. Pun begitu, Nik Aziz mahu para penyokong parti itu menegur melalui saluran yang betul seperti di dalam mesyuarat dan tidak dilakukan secara terbuka. Katanya, teguran secara terbuka itu bermaksud “mengumpat”.
Jadi, apa yang Nik Aziz lakukan terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebelum ini? Terang-terangan dia menegur, melanyak dan menghentam bekas Timbalan Presiden PAS itu hanya kerana mencadangkan parti tersebut menyambut saranan “Kerajaan Perpaduan” yang bertujuan menyatukan ummah.
Ustaz Nasharuddin mencadangkan sesuatu yang mampu menyatukan ummah di negara kita dan sudah tentu ianya sangat mulia di sisi Islam. Itu pun Nik Aziz marah dan hentam beliau sehingga mendapat liputan meluas di dada media? Nik Aziz hentam secara terbuka di media, bukan saja dalam mesyuarat. Tindakan itu tidak dikira “mengumpat”, kah? Atau Mursyidul Am PAS dihalalkan untuk berbuat demikian?
Itu baru satu dua contoh kekhilafan pemikiran Mursyidul Am PAS yang saya nukilkan. Saya percaya, ramai lagi di kalangan kita yang pernah terlihat pelbagai kekhilafan “fatwa” Nik Aziz sebelum ini, bukan?
Persoalannya, apakah sesuai Nik Aziz bergelar “Mursyidul Am” di dalam sebuah parti yang kononnya berteraskan Islam dan tidak pernah melencong dari makaarimul akhlak yang diwariskan Rasulullah SAW? Sudah-sudahlah. Buang yang keruh, ambillah yang jernih. Sama-samalah kita martabatkan Islam sebagai jalan terbaik untuk kita meneruskan kehidupan. Sesat jalan, kembalilah ke pangkalnya. Kita bukannya akan terus hidup menongkat langit, bukan? -sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan