Isnin, 11 November 2013

SELANGOR BAKAL PUNYAI PATUNG BUDDHA TERBESAR SEPERTI KELANTAN??

TAHNIAH buat kerajaan Selangor kini yang telah berjaya menegakkan syiar Islam di negeri beraja. Selepas Kelantan menjadi mangsa kerakusan pembinaan patung dewa terbesar, kini Selangor juga bakal menurut perintah DAP agar patung Buddha didirikan di Selangor.

Berada di kawasan berkapasiti Cina di Pandamaran, malah masih ada lagi kampung-kampung tradisional Melayu dan masjid-masjid disekelilingnya. Tiba-tiba muncul pula sebuah patung Buddha yang lebih besar dan tinggi dari binaan masjid di kawasan tersebut.

Adakah Selangor sudah bertukar agama rasminya seiring dengan pembangunan yang dibawa oleh DAP sebagai badan pemutus keputusan. PAS terdiam lagi. Jika dahulunya beriya mahu merobohkan patung besar dewa Hindu sebelum memerintah negeri Selangor, kini semakin bertambah patung raksasa di Selangor.

Nasi sudah menjadi bubur. Rakyat Selangor memang mahukan negeri yang masih punyai Raja Melayu diharmonikan dengan tekanan agama dari agama lain. Siapakah yang sanggup bersuara tentang binaan raksasa ini??? JAWA BERNAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan