Masjidil Aqsa wajib dibebaskan daripada penaklukan dan penjajahan ankal Yahudu-Walan-Nasara |
Salam 2 all.
Pendakyah-pendakyah
missionary kristian dan mereka yang menyokong kristian mengguna-pakai kalimah
ALLAH sering menggunakan alasan bahawa kalimah ALLAH telah diguna-pakai sebagai
terjemahan kalimah ‘God’ dalam bahasa Inggeris beratus tahun lamanya!
Persoalannya,
betulkah beratus tahun? Dan bila bermulanya?
Keupayaan
menjawab soalan ini akan menyebabkan kita menyedari taktik dan strategi gerakan
kristianisasi yang sudah berjalan begitu lama untuk memesong aqidah dan
kepercayaan umat Islam kepada syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Kita
semua perlu sedar Abad ke 16 adalah permulaan kepada siri-siri penjajahan kuasa
kristian keatas negara-negara umat Islam. Antara kuasa kristian yang utama
terlibat dalam siri penjajahan penaklukan ini ialah Britain, Rom, Itali, Portugis,
Belanda dan Sepanyol.
Sejak
kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia 1492 kepada Raja kristian Ferdinand dan
Isabelle, gerakan penaklukan mereka menjadi begitu aktif.
Ini
kerana satu-satunya kuasa besar dunia Islam yang bertapak dibumi Eropah
iaitu Andalusia di bumi Sepanyol sudah ditumbangkan. Maka
mereka berasa bebas untuk memulakan ekspedisi menakluk negara Islam
lain.
Dan
mereka memulakan siri penaklukan dengan matlamat 3G – Gospel, Gold & Glory.
Gospel
untuk menyebarkan kefahaman dan agama kristian sebagai peluasan empayar
kristian berteraskan roman;
Gold untuk mengaut keuntungan dan hasil
masyhul negara umat Islam kerana kebanyakannya negara Eropah pada masa itu
hidup dalam kemiskinan sedang negara umat Islam sudah membangun dengan harta
kekayaan bumi yang melimpah ruah!
Glory
kerana mereka mahu kemenangan keatas umat Islam sebagai membalas dendam
kejatuhan Kerajaan Kristian Jerusalem ditangan Sultan Salahudin Al-Ayubbi pada
02 Oktober 1187 setelah hampir 300 berperang dalam Perang Salib.
Strategi
ini dirangka begitu rupa kerana mereka tahu negara dan kawasan yang mereka mahu
jajah dan takluk adalah negara umat Islam; umat dan bangsa yang sudah ada agama
iaitu Islam yang menyembah tuhan yang satu – ALLAH!
Bangsa
dan agama yang sudah menjadi musuh tradisi mereka sejak dahulu lagi!
Ekspedisi
penjajahan, penaklukan dan pendakyahan ini dibuat dengan begitu licik dan halus
– tujuannya ialah untuk menjauhkan umat Islam daripada kehidupan Al-Quran, dan
mendedahkan umat Islam kepada syiar kristianisasi; kerana mereka menyedari
selagi umat Islam hidup berpandukan Al-Quran, selagi itulah aqidah dan ukhwah
umat Islam menjadi kuat dan hebat.
Demi
untuk mencapai matlamat 3G ini, mereka telah merangka satu strategi licik yang
dipanggil ‘Salt & Leaven’ (Garam
& Ragi).
Diantara
strategi Garam & Ragi ialah
dengan mencampakkan perasa-perasa, garam-garam
kristianisasi ke dalam masyarakat tersebut; atau dalam bahasa lebih mudah;
menyuburkan syiar kristianisasi ditengah masyarakat tanpa perlu mengajak mereka
kepada kristianisasi.
Apabila
syiar itu sudah membiak subur, mereka (iaitu umat Islam) yang sudah melalui
proses penggaraman syiar kristianisasi ini akan muncul sebagai agen menyebarkan
dan menyuburkan lagi proses ini. Mereka ini akan bertindak menjadi ragi didalam masyarakat mereka sendiri.
Bak
kata pepatah, penjajah kulit merah sudah balik, muncul kelak penjajah kulit
sawo matang! Warna kulit berbeza, kefahaman dan fikrah mereka sama!
Seperti
juga sebiji ubi kayu. Dipotong tiga segi, diletakkan ragi, dilipatkan dalam daun palas, kemudian dibiarkan semalaman.
Esok pagi bila dibuka daun palas itu, ubi kayu itu masih berbentuk tiga segi.
Tetapi hakikat ubi kayu itu sudah bertukar menjadi ubi tapai.
Itulah strategi
gerakan dakyah dan penaklukan kristianisasi – melahirkan umat Islam tapai!
Bangsa Melayu tapai!
Nampak
macam Melayu, nampak macam Islam, tetapi hakikat kehidupan jauh daripada Islam.
Sembahyang satu saf, puasa satu Ramadhan, umrah haji di Mekah; tetapi ekonomi
bukan Islam, perundangan bukan Islam, perniagaan perdagangan bukan Islam,
pendidikan bukan Islam, politik bukan Islam – kehidupan sebenar jauh daripada
Al-Quran!
Ringkasnya,
walaupun berserban berjubah, berjanggut berjambang mengikut sunnah; namun tiada
masalah bersekongkol dengan gereja. Malah bangga dipanggil Mat Gereja!
Contohnya
dalam sistem pendidikan. Didirikan sekolah-sekolah missionary dengan nama yang
gah dan hebat. Pendidikan percuma. Sesiapa mahu masuk sekolah ini dipersilakan.
Walaupun tidak mengkristiankan pelajar, namun dia menjauhkan pelajar daripada
kehidupan Al-Quran.
Al-Quran
melarang lelaki dan wanita bercampur, dibuat sekolah bercampur lelaki
perempuan. Islam melarang dedah aurat, diwajibkan pelajar berseluar pendek dan
pelajar perempuan baju kantung nampak lutut.
Belajar
matapelajaran sejarah, tetapi sejarah keagungan Barat, sehingga kita lebih
kenal Richard the Lion Heart daripada Sultan Salahudin Al-Ayubi; kita lebih
kenal Napoleon Bonarparte daripada Tariq Bin Ziyad; kita lebih kenal Hercules daripada
Khaled Al-Walid. Kita lebih kenal kisah pelayaran Columbus, daripada kehebatan perjalanan Ibnu
Batutha.
Sehingga
sampai ke peringkat, belajar agama Islam pun sampai ke negara Barat. Berapa
ramai agamawan dan ilmuan Islam yang begitu bangga mendapat Ijazah Masters atau
Ijazah PhD dalam bidang dan ilmu Islam di universiti-universiti Barat; samada
di Eropah mahupun Amerika Syarikat?
Walaupun
mereka tidak menjadi kristian, tetapi roh dan semangat kristian sudah
menyelinap masuk kedalam jiwa. Ia merosakkan aqidah!
Setelah
melalui proses penggaraman ini, akhirnya muncullah Melayu-Islam tapai yang
bertindak sebagai agen dan ragi mereka untuk merosakkan Islam. Penjajah kulit
merah sudah pulang, muncul penjajah kulit sawo matang. Lain warna kulit tetapi
sama fikrah!
Malah kekadang penampilan dan ketrampilan
Islam mereka lebih hebat. Siap dengan serban berketayap merah ala mufti Al Azhar, jubah meleret
mengalahkan Imam Masjidil Haram; malah mereka berjawatan tinggi didalam
institusi dan pertubuhan yang dilabel Islam.
Tetapi
hakikatnya merekalah menjadi perosak aqidah, syariat dan umat Islam!
Cuba
lihat dalam isu kalimah ALLAH. Bukan sahaja dikalangan orang awam, malah
perselisihan soal asasi aqidah ini sampai keperingkat mereka yang dilabel
sebagai ilmuan dan ulama.
Mereka
mungkin pemimpin parti politik, mereka mungkin pemimpin pertubuhan, malah
mereka mungkin ulama dan mufti; tetapi sikap dan pendirian mereka menyerlahkan
ketapaian mereka.
Bagaimana
mungkin dalam soal yang begitu asas dan fundamental membabitkan aqidah umat,
tetapi berlaku kecelaruan dan pertikaman lidah antara mereka yang bergelar
ulama dan agamawan?
Malah
kalau kita lihat dalam parti politik yang dilabel sebagai Partai Islam
SeMalaysia PAS, pendirian agamawan yang menduduki Majlis Syura PAS dan agamawan
yang menduduki Jawatankuasa PAS Pusat sangat berbeza!
Majlis
Syura menentang keras, menegaskan isu kalimah ALLH sebagai isu aqidah yang
tidak patut dipolitikkan; sampai keperingkat seorang daripada mereka menegaskan
sesiapa yang bersetuju kristian menggunapakai kalimah ALLAH sebagai syirik!
Sebaliknya
Jawatankuasa PAS Pusat mengambil pendirian menyokong tuntutan Lim Guan Eng
daripada DAP supaya kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH ‘walaupun penggunaannya mungkin tidak
mencapai maksud dikehendaki Islam’. Malah sampai ada yang membuat kenyataan
pendirian Majlis Syura’ PAS bukan wahyu, boleh ditolak dan diketepikan!
Mengapa
terjadi sedemikian?
Adakah
sudah muncul tapai-tapai dikalangan mereka?
Wallahua’lam,
tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Mungkin kita sudah tiba ke zaman dimana
sabda Rasulullah saw ‘nafsi…nafsi’,
selamatkan diri dan ahli keluarga masing-masing lah.
Tetapi
yang kita perlu faham gerakan dakyah kristianisasi tidak akan terhenti.
Benarlah firma ALLAH swt didalam Surah Al-Baqarah: 120 yang menegaskan sesekali
tidak akan redha Yahudi dan Kristian terhadap umat Islam sampai bila-bila
selagi kita tidak mengikut dan akur dengan agama dan cara kehidupan yang mereka
bawa!
Dalam
isu kalimah ALLAH dalam bible versi bahasa Melayu, sebenarnya ia telah bermula
semasa bermulanya ekspedisi penjajahan dan penaklukan negara umat Islam sebelah
timur ini di abad ke 16.
Usaha
bermula apabila Paderi Albert Cornelius Ruyl menterjemahkan Gospel Mark dan
Matthew (bukan keseluruhan Bible) kedalam Bahasa Melayu pada tahun 1612. Tetapi
buku terjemahan ini tidak diterbitkan sehingga tahun 1629 di Enkhuysen dan 1638
di Amsterdam (dinegara Belanda yang menjajah dan menakluk antaranya Indonesia).
Manakala
Paderi M. Van Hassel, salah seorang pengarah East India Company selesai
menterjemahkan Gospel Luke dan John. Pada tahun 1651, keempat-empat Gospel ini
iaitu Mark, Matthew, Luke dan John berserta Acts of Apostles diterbitkan
bersama.
Hanya
pada tahun 1668 barulah New Testament diterbitkan.
Dan
keseluruhan Bible mengandungi New Testament dan Old Testament versi Bahasa
Melayu dipanggil Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru dikeluarkan
pada tahun 1731 dan 1733. Ini adalah kitab versi Bahasa Melayu menggunakan
tulisan Rumi.
Manakala
bible versi Bahasa Melayu tulisan jawi hanya diterbitkan di Calcutta, India
pada tahun 1822 yang dihasilkan oleh Paderi R.S Hutchings.
Dan
didalam Bible versi Bahasa Melayu inilah permulaan penggunaan kalimah ALLAH
yang tidak terdapat dalam bible versi asal berbahasa Hebrew, Greek, Latin
mahupun Inggeris.
Dan
inilah versi yang dibawa masuk ke dunia Islam melalui penaklukan dan penjajahan
Indonesia
oleh Belanda. Bermakna penggunaan kalimah ALLAH dalam bible versi Bahasa Melayu
ini bukan dibuat dengan persetujuan umat Islam, sebaliknya disogok secara
unilateral oleh kuasa penjajah kristian!
Dan
inilah bible versi Bahasa Melayu yang dibawa kedunia Borneo yang terletak di
Kalimantan (selepas itu dikenali sebagai Sabah dan Sarawak).
Apa
yang jelas, bible versi Bahasa Melayu yang menggunapakai kalimah ALLAH
dilaksanakan dizaman penaklukan dan penjajahan negara umat Islam sebelah timur
oleh penjajah kristian, sebagai pemanjangan ekspedisi salibiah mereka.
Maka
fahamlah kita bahawa maksud dan tujuan penggunaan kalimah ALLAH (dan lain-lain
kalimah dan perkataan yang biasa digunapakai oleh umat Islam didunia Melayu
sebelah timur) adalah bermaksud untuk memenuhi gerakan dakyah dan kristianisasi
mereka.
Jika
tidak, mengapa mereka hanya menumpu kepada penggunaan kalimah ALLAH didalam
Bible versi Bahasa Melayu konon atas alasan kristian arab juga menggunakannya;
sedangkan mereka langsung tidak menyentuh tentang penggunaan kalimah Yasu
(bukannya Jesus) oleh kristian arab.
Jawapannya
mudah.
Kalimah
ALLAH digunapakai oleh orang Melayu beragama Islam; kalimah Yasu orang Melayu-Islam tidak
gunakan. Itu sahaja!
Sebelum
saya mengakhiri tulisan ini, saya ingin menyentuh isu penggunaan kalimah ALLAH
oleh pribumi Kalimantan dan Borneo yang kini dikenali sebagai Sabah dan Sarawak.
Maka
sekarang kita memahami bahawa penduduk pribumi Kalimantan/ Borneo iaitu
Sabah dan Sarawak sekarang sudah didedahkan dengan penggunaan
kalimah ALLAH (dan lain-lain kalimah) sejak zaman penjajahan dan
penaklukan
kuasa kristian Eropah.
Ianya
sudah ujud sejak sebelum lahirnya negara Malaysia, sebelum kemerdekaan kita
lagi.
Sebab
itu Kerajaan Persekutuan Malaysia
tidak boleh secara perundangan atau secara paksa menghentikan penggunaan bible versi Bahasa
Melayu dan pemakaian kalimah ALLAH dan lain-lain kalimah oleh penduduk pribumi
tersebut.
Membenarkan mereka terus menggunakan bible versi Bahasa Melayu dan
kalimah ALLAH bukan bermakna kita redha dan bersetuju. Tetapi keadaan
dah sememangnya begitu. Kita merdeka dan membentuk negara Malaysia dalam
keadaan mereka sudahpun menggunakannya; berbeza dengan cubaan pendakyah
di Semenanjung yang baru sekarang mahu menggunakannya.
Pendekatan
yang berbeza perlu diambil dalam menangani masalah ini.
Saya
mencadangkan supaya pendekatan secara dakwah-bil-hikmah dan siri penerangan yang berterusan
dilakukan dikalangan mereka.
Malah,
mungkin ada hikmahnya mereka didedahkan dengan bible versi Bahasa Melayu dan
kalimah ALLAH. Ia memudahkan tugas dakwah kita. Tetapi tak cukup sekadar
bercakap modal airliur sahaja, kita mesti melaksanakannya.
Maka
usaha perlu dibuat melalui metode dakwah dan penerangan mengenai hakikat ALLAH
sebenarnya mengikut aqidah dan tauhid Islamiyyah.
Kita
beri penerangan kepada mereka bahawa ALLAH yang mereka guna sebagai gantinama
God itu sebenarnya Ahad – Satu! Bahawa ALLAH itu tidak bergantung dengan
sesiapa malah kesemua manusia dan makhluk bergantung kepada ALLAH. Bahawa ALLAH
itu tidak ada anak, dan dia tidak diberanakkan. Bahawa ALLAH itu tidak ada
suatu apapun yang bersekutu atau sekufu atau setaraf dengan Dia!
Dan
cara penyembahan kepada ALLAH itu adalah menurut syariat yang dibawa oleh Nabi
Muhammad saw!
Sebenarnya
ini adalah peluang kita untuk menjalankan tugas Rasulullah saw – DAKWAH!
Semoga
kita semua akan dapat keluar daripada proses penggaraman dan peragian gerakan
dakyah kristianisasi inki, dan menjauhkan diri dan keluarga kita daripada
proses penapaian yang sudah terkena kepada segelintir kita.
Moga
ALLAH memelihara iman dan aqidah kita, dan memberikan kita kekuatan istiqomah
untuk meneruskan perjuangan dizaman fitan ini.
Wallahua’lam
dan Wassalam.
Adios
amigos, grasias senor!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan