Sabtu, 30 November 2013

Perhimpunan Agung UMNO Peluang Terbaik Rangkaian Media Sosial Pro UMNO Ketengahkan Agenda Melayu & Bumiputera


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyaksikan perhimpunan Agung UMNO kali yang ke 67.  Bermula 2hb Disember sehingga 7 Disember seluruh negara akan menyaksikan perhimpunan Melayu terbesar yang diadakan. Perwakilan yang datang juga bukan setakat yang berjawatan malah yang tidak berjawatan juga pastinya turut akan hadir untuk hari terbesar UMNO apatah lagi setelah Pilihanraya Umum ke 13 lalu yang menyaksikan UMNO mendominasi kerusi didalam Barisan Nasional.

Ada yang akan seronok dengan perhimpunan ini dan tak kurang juga yang sudah siap sedia untuk memberikan hujah hujah yang panas pada persidangan nanti. Ini lah ruang yang selayaknya untuk pemimpin UMNO sama ada di peringkat pusat mahupun cawangan meluahkan ketidak puashatian kepada pucuk tertinggi pimpinan UMNO dalam isu Melayu dan Bumiputera.

Saya sendiri selaku pengamal media yang akan bertugas pada Persidangan UMNO kali ini mengharapkan akan ada gelombang suara suara mendesak agar pucuk pimpinan memberikan lebih perhatian yang khusus buat agenda Melayu dan Bumiputera. Ini masanya untuk kita bangkitkan pekara yang berbangkit dan terbuku dihati. Ini ruangnya untuk menegur mana mana pemimpin yang dilihat tidak peka dan prihatin akan nasib Melayu dan Bumiputera.

Buat rangkaian media sosial pro UMNO juga diharapkan dapat menaikkan moral ahli UMNO pada Perhimpunan Agung ini kelak. Tanpa kehadiran rangkaian media sosial Pro UMNO adalah tidak mungkin gelombang suara akar umbi agenda Melayu dan Bumiputera dapat diketengahkan dengan lebih pantas dan luas. Harapan saya agar rakan media sosial berganding bahu untuk bersama memartabatkan agenda UMNO dengan mendahulukan Agama, Bangsa dan Negara.

- Malay Rights

Tiada ulasan:

Catat Ulasan