Khamis, 7 November 2013

VIDEO: Hikayat ‘Gagak Yang Bijak’ Jadi Realiti


KAMI yakin anda pernah mendengar hikayat ‘Gagak Yang Bijak’ khususnya di zaman kanak-kanak.
Jika terlupa, biar kami ingatkan. Ia berkisarkan mengenai kebijaksanaan seekor gagak yang sedang kehausan dan terjumpa sebuah bikar berisi air.
Malangnya, bikar itu agak tinggi sehingga menyukarkan paruhnya untuk mencecah air tersebut.
Gagak itu kemudiannya mengisi batu-batu kecil ke dalam bikar sehingga paras air naik sekaligus memudahkannya untuk meminum air tersebut.
Ha, jangan ingat ia sebuah cerita dongeng semata-mata. Melalui satu rakaman penyelidikan, ternyata hikayat ini berubah menjadi realiti apabila seekor gagak menggunakan batu yang diletakkan berhampirannya untuk menaikkan paras air dalam sebuah gelas.
Memang bijak! - sumber

Dipos oleh Vyrec.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan