Sabtu, 30 November 2013

Jumpa PM: Bukti-Bukti Ini Menjawab Pembohongan Nik Aziz

Walaupun rumah kata pergi kubur kata mari, pun masih nak berbohong lagi. Walaupun serban putih melilit kepalanya, jubah putih membungkus tubuhnya dan gelaran tok guru mengawali namanya, tetapi dia memiliki sekeping hati yang hitam legam. Hitamnya diselaputi kekotoran yang terhasil berpunca dari perasaan dengki, iri hati, benci dan dendam.

Akhbar Sinar Harian semua edisi yang merangkumi dari Perlis sampai ke Johor hari ini melaporkan di muka depan seperti yang anda lihat diatas. 

Ianya merujuk kepada pertemuan Menteri Besar Kelantan dengan Perdana Menteri dua hari lepas. Nik Aziz berkata seperti berikut (anak panah kuning), 

"23 tahun baru boleh jumpa, payahnya menteri besar pembangkang nak jumpa perdana menteri, saya tidak tahu apa yang menyebab (perdana menteri) buka pintu".

Tempoh 23 tahun itu merujuk kepada dirinya yang memerintah Kelantan selama 22 tahun.

Apakah Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan sebelum ini tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan dengan Perdana Menteri atau bertemu PM untuk membincangkan mengenai negeri Kelantan atau politik ? 

Apabila melihat sahaja muka depan Sinar Harian hari ini saya terus mengeluh panjang dan hati berkata, jahat sungguh mulut orang tua ini. Saya berkata begitu kerana saya boleh ingat sewaktu dia menjadi MB Kelantan dia bukan sahaja pernah jumpa dengan PM yang ada pada hari ini, malah dia pernah jumpa dengan dua PM yang sebelum ini. Bukan setakat pernah jumpa malah dia pernah puji ketiga-tiga PM. 

Namun begitu oleh kerana nafsu serakah politik mengusai diri, dia sanggup berkata begitu untuk menimbulkan perasaan benci atau marah orang ramai kepada Perdana Menteri. Apa jenis ulama jika ini sikapnya ? 

Saya cuba google peristiwa yang saya ingat yang dia pernah berjumpa dengan PM. Saya menemui beberapa diantaranya. Ada juga yang tidak terdapat di google yang tidak dimasukkan kerana di era 90an teknologi ICT di Malaysia tidak sepesat hari ini. Jika kita rajin buat carian di Arkib Negara atau  Perpustakaan Negara , atau perpustakaan syarikat yang mengeluarkan akhbar kita boleh menjumpainya. 

Berikut adalah hasil carian saya yang dijumpai hari ini yang memaparkan pertemuan antara dia dengan tiga PM sejak dia menjadi MB Kelantan. 


Tahun 1999, Tun Dr Mahathir bukan setakat pergi ke Kelantan , malah pergi ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Pas itu dan bertemu empat mata dengannya. Malah dia pula yang melahirkan rasa syukur dan terima kasih terhadap Tun. Dia puji Tun Mahathir dan berkata itu satu penghormatan. Hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa. 



Tahun 2007, dia bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kota Bharu. Bukan setakat berjumpa dan duduk sepentas malah dia memuji Tun Abdullah melambung-lambung kerana memimpin tangannya. Belum sampai 10 tahun, hari ini dia kata 23 tahun baru boleh jumpa.


Di zaman Datuk Seri Najib pula tak payah cakaplah entah berapa kali dia pernah jumpa pun tak tahulah. Apa yang dipaparkan di bawah menjadi bukti kepada anda semua. 

Tahun 2009, dia sendiri yang ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Najib kerana memberi jaminan positif untuk meningkatkan hubungan pusat dan negeri. 




Tahun 2011, sekali lagi dia mengakui dia berjumpa dengan Datuk Seri Najib dan tidak mahu berkongsi dengan media apa yang dibincangkan dengan PM. Katanya salah dari segi peraturan. Sewaktu nak doa orang pecah perut tak ingat pula salah dengan Allah. Sewaktu tuduh orang tak sembahyang, tolak islam dan sebagainya dia tak ingat pula salah dari segi agama. 

Biarlah gambar-gambar dibawah ini yang berbicara untuk menjawab segala dakwaan dia. 




Lihatlah bagaimana PM melayan dan menghormati beliau. MB Pahang yang BN ditinggalkan di belakang. Pimpin MB Pas turun tangga. Semuanya kerana tidak lain tidak bukan menghormati yang lebih tua. Kalau nak ikut-ikutkan MB Pahang yang lebih layak berjalan beriringan dengan PM kerana dari parti yang sama. Manakala dia pula layak dipinggirkan.
Saya Syukur Dengan Layanan Luar Biasa PM - Nik Aziz

TUMPAT, 5 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau amat bersyukur dengan layanan luar biasa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepanjang lawatannya ke Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (SEZ-ECER) semalam.

Beliau berkata penghormatan yang tidak pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini dilihat sungguh cantik, di samping senyuman pemimpin kerajaan pusat serta kehebatan kawasan itu yang tiada tolak bandingnya.

"Saya dilayan dengan baik (oleh Perdana Menteri), dengan senyum simpolnya, air muka yang jernih, saya dibawa melawat ke kawasan yang dianggap "corridor of power" untuk pelabur luar negara, sungguh hebat," katanya kepada pemberita sejurus menyambut kumpulan seramai 50 orang penduduk Kelantan yang menyertai misi melawat pelantar minyak di kawasan 170 kilometer dari pantai Tumpat pada Rabu.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas lawatannya ke perasmian SEZ-ECER oleh Perdana Menteri di Pekan, semalam.

SEZ-ECER adalah zon ekonomi khas pertama negara meliputi Kertih di Terengganu hingga ke Tanjung Agas di Pekan yang akan menyumbangkan 80 peratus kepada hasil keluaran ekonomi kawasan ECER.

Perdana Menteri berkata zon ekonomi khas mampu menarik pelaburan RM90 bilion dan menyediakan 220,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 dan merupakan yang pertama di Malaysia.

Nik Aziz berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sedia mengundangnya bersama pemimpin lain melawat kawasan itu yang dianggap memang luar biasa dari tempat-tempat lain.

-- BERNAMA

Apa yang saya kemukakan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada anda bahawa apa yang diungkapkan Nik Aziz hari ini adalah tidak benar. Umno sebenarnya tidak mempunyai masalah besar dengan dia. Tetapi sebelah pihak dia yang hati busuk tak habis-habis kerana dendam politik. Soal berlainan parti tidak menjadi masalah untuk menjalinkan hubungan atau saling hormat menghormati. 

Waktu dia sakit dulu dan waktu itu Datuk Najib selaku TPM dan Menteri Pertahanan pergi melawat beliau di Kelantan. Datuk Najib panggil doktor dan tanya apa masalah. Doktor kata masalah boleh diselesaikan di IJN. Tetapi dia tak boleh mengharungi perjalanan yang lama. Datuk Najib minta TUDM bawa pesawat ke Kota Bharu untuk ambil dia. Sampai di Pangkalan TUDM Subang, polis pengiring dah siap tunggu untuk iring dia agar sampai dengan cepat di IJN. Datuk Najib minta pula pihak IJN memberi rawatan yang terbaik kepada beliau. Saya masih ingat lagi apabila beliau keluar dari IJN beliau ucapkan terima kasih kepada Tun Abdullah selaku PM pada waktu itu dan Datuk Najib TPM. Selepas beberapa tahun doa orang pecah perut. Itukah perangai tok guru ? Itukah perangai ulama ? - sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan