PUCHONG JAYA - Beberap kumpulan NGO hari ini berkumpul di hadapan Balai
Polis Puchong Jaya bagi membantah dan membuat laporan polis berkenaan
Isu Laungan Azan yang dikatakan mengganggu oleh seorang penduduk di
Taman Puchong Prima baru-baru ini.
Kejadian berlaku apabila seorang lelaki Cina menerpa ke surau berkenaan
dengan bersikap kuarang ajar meminta agat Laungan Azan diperlahankan.
Rentetan daripada itu selepas solat beberapa jemaah surau telah pergi ke
rumah lelaki berkenaan bagi meminta penjelasan namun mereka ditentang
habis-habisan disertai dengan maki dan cacian.
Sehubungan itu, atas dasar mempertahankan kesucian Agama kumpulan NGO
terbabit dengan jelas dan keras memberi amaran supaya bangsa atau agama
lain menghormati Agama Islam di negara ini sebagai Agama Rasmi Negara.
Mereka juga sanggup berjuang bermatian-matian jika ada lagi perkara
seperti ini berlaku dan jangan menyalahkan mereka jika mereka bertindak
kerana amaran telahpun diberi dan semua itu dilakukan atas dasar
mempertahankan kesucian Agama Islam.
Sebelum itu, Teressa Kok pernah mengepalai kumpulan pendesak di Puchong
meminta supaya Azan di salah sebuah Majid di kawasan berkenaan
dipelahankan pada tahun 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan