Masalah besar kesatuan ummah di Malaysia terletak pada kesatuan UMNO-PAS. Serpihan2 organisasi melayu yg lain hanya tunggu dan lihat. Mereka menanti apa yg akan terjadi antara UMNO-PAS. Jika terjadi kesatuan, maka yg lain akan turut serta. Memang UMNO ramai yg jahil hukum hakam agama tetapi mereka mahir mentadbir dan memajukan pembangunan dan perniagaan bangsa dan negara. PAS pula, memang hebat ketebalan agamanya tetapi lemah dari segi ekonomi dan pengurusan halatuju negeri/ negara di dalam dunia yg serba mencabar. ( Aik, tak caya ke? Mana pergi kohilal? berapa juta dah hilang. Mana pergi projek D Husam? Takkan tinggal batu je? Batu nesan utk projek ke? Kalau UMNO, lihat UEM, Felda dsb. Sepatutnya 20+ tahun PAS pegang Kelantan, kohilal boleh jadi pemain utama ekonomi di negeri itu. Projek pembangunan ke, infrastruktur ke, telekomunikasi ke? Ni tidak, habis lebur pelaburan admin sekitar RM 5K. Mujur sikit tu je. takde la menonggeng frust. Bila nak tuntut balik, waduh..berjanggut ngunggu. Dapat pun sikit.) Memang UMNO perlu didakwahkan utk memperbaiki kejahilan dan kefasikan mreka. Tetapi kena cara berhikmahlah. Kita org melayu bukan kasar. Kita hati lembut. Jadi tidak sesuailah cara PAS yg majoritinya diterajui oleh PAS kelantan berdakwah dgn UMNO secara keras dan maki hamun. Mana bil-hikmah yg diceramahkan di sana sini? Kita boleh katalah UMNO ni periuk nasi yg berkerak nasi yg hitam. Kalau tujuan kita nak bersihkan kerak tu dgn cara paksa. Tarah sana, tarah sini. Tak bersih sgt pun. Malah periuk tu pula calar balar. Cuba cara yg berhikmah. Rendam dulu dgn air. Nanti bila kerak dan lembut, senanglah nak tanggal. Tak gitu?
Sebenarnya ramai ahli PAS yg cintakan kesatuan terutama PAS dari negeri2 sebelah pantai barat dan selatan. Pimpinan PAS yg terdahulu amat terbuka dgn UMNO. Tetapi sekarang payah. Payah kat mana? Payahnya pada TGNA. Kehidupan dia mungkin nampak begitu zuhud persis cubaan mengikuti Nabi tetapi dendam kesumat dia pada saudara seagama tidak seperti kasih Nabi kepda seluruh umat. Kalau dibandingkan UMNO tu dgn penduduk Taif zaman awal kedatangan Islam, apalah sangat jahatnya UMNO tu. Penduduk taif masa tu dah la KAFIR, menolak nabi malah mencederakan nabi hingga berdarah. UMNO ni, yg kita kata mereka menolak hudud (sedangkan tiada official statement yg menyatakan UMNO tolak hudud), tetap membangunkan syiar Islam. Penubuhan institusi berteraskan dan berintipatikan Islam sprti UIA, KUIM, MPI, JAKIM, PERKIM, TV ALHIJRAH, IKIM dan radionye, sistem perbankan Islam, takaful, dsb adalah bukti UMNO lebih komited dgn Islam BERBANDING pemerintah negara Islam lain. Kalau admin salah tolong beri contoh negara Islam lain yg lebih hebat drpd Malaysia. Hatta Tabung Haji pun dpt tabik spring drpd institusi gereja. Mujur Allah beri kita UMNO, berbanding dgn Gamal Naser, Saddam Hussein, Syiah Iran dll. Kalau penduduk Taif tu pun nabi tidak simpan dendam utk dihancurkan walaupun malaikat dan offer, agak2nya adakah Nabi akan maki hamun dan benci UMNO sebenci-bencinya sepertimana segelintir pimpinan PAS (tak semua ye, admin tau ada pimpinan yg baek dgn UMNO, kamcing punya sprt Ust Nasha dn lain-lain. Yg lain-lain tu rahsia ler. Demi menjaga kedudukan mereka, kalau tak puak yg kuat benci ni akan terajang satu persatu seperti mereka terajang Ust Nasha dan Dr Hasan Ali) atau baginda akan doakan kebaikan dan hidayah malah akan dekati mereka dgn cara yg berhikmah? Buruk sgtkah UMNO sampai kita lebih sayang parti yg bersumpah akan pertaruhkan mayat badan sendiri jika ada pihak mahu laksanakan Islam dan hudud? Mana lebih kotor, UMNO atau bekas pemimpin no 2 UMNO yg dahulunya kitalah jaja istilah al juburi ke sgenap pelusuk negara. Dahulu kita amat yakin bekas pemimpin UMNO no 2 tu kotor, homoseks sehingga menjadi modal ceramah paling laku ketika itu. Kita tidak minta pun saksi 4 org utk kita benar2 yakin kekotoran itu. Cukup hanya Karpal singh dedahkan dan kita pakai sehabis2nya modal itu. Tup-tup, bila UMNO bersihkan diri dari kotoran itu, kita pulak pertahankan kepala *.*.*.* (malas nak sebut. klu dia, tajuk buku Shahnon Ahmad yg popular dan kontroversi masa tu). Kita pulak dgn bengisnya tuntut 4 org saksi demi membela org yg kita dulu katakan aljuburi itu. Muslimat2 pula menyanyi2 ikut irama gereja meraikan pembebasan ketua itu drpd kes mahkamah hari tu. Apa dah jadi da...? Pendek kata, jgn la kita terlalu kutuk org lain, hina org lain. Kita sendiri pun belum tentu berada di landasan yg diterima Allah. Siapa berani kata Allah betul2 terima perjuangan PAS? Kita boleh kata kita dah cuba ikut lunas2 agama dalam perjuangan PAS. Tetapi kita tidak boleh nak kata Allah dah terima kita. Itu rahsia Allah. lagipun kalau betul kita ikut agama, yg salah jgn disembunyikan, jgn dibela, jgn dikatakan Allah dah maafkan. Mana kita tahu? Dapat wahyu ke yg kita boleh tahu org berzina tu dah dimaafkan Allah? Tak! Kita dapat wahyu ke yg kita tahu Allah nak kita ke putrajaya? Tak! Kalau UMNO ada skandal kita cabar sumpah laknat, cabar letak jawatan. Dan UMNO, walaupun akhirnya terbukti tak bersalah, tetap akur dan undur. Kita? Bila ada pemimpin kita berskandal atau adun kita ada hobi pelik dlm gerabak keretapi, adakah kita bertegas dgn mereka atau "tak pa bro, gua cover lu. Lu dok diam2 je no"? Sedangkan kita perjuangkan hudud, negara Islam. Bagaimana kita nak jadi pemerintah negara Islam kalau setiausaha sulit negara ada skandal kita senyap je? Takde hudud ke? Oo..tak cukup 4 saksi. video? Ooo..konspirasi, double stuntman ye? Canggih giler. Holywood pun tak terlawan. Real habis, rupa sebijik, tapi bukan dia. Jadi sahabat sekelian, muhasabahlah diri. Kita mungkin skor baik punya dalam checklist amalan harian yg ada solat sunat dhuha, qiamullail, solat sunat awwabin, bacaan quran dsb. Tetapi kalau pemimpin kita, walaupun seorang buat keje tak senonoh, dan dgn izin Allah, aib dia terbongkar, kita pulak bela dia. Astagfirullah, kalau admin, rasa mcm sia-sia je checklist harian tu. "Amar maaruf nahi mungkar" hanya utk UMNO. Ahli sendiri? Forgiven - sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan