Isnin, 23 Disember 2013

Perkasa boleh ganti Umno demi survival Melayu


SHAH ALAM - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), menawarkan diri untuk mengambil alih peranan Umno dalam membela nasib orang Melayu demi survival politik orang Melayu di masa akan datang.

Menurut Presidennya Datuk Ibrahim Ali, oleh sebab itulah Perkasa  kini  hanya memberi sokongan bersyarat kepada BN dan tidak akan menjadi “barua” atau “perkakas” kepada Umno.

"Memang Umno menjaga kepentingan agama dan Melayu tetapi kalau Umno sudah lemah dan tidak bertaring, ayuh, Perkasa boleh jadi galang ganti untuk pertahankan kepentingan bangsa dan agama.

"Jangan retorik masa perhimpunan agung, jangan retorik masa pilihan raya, rakyat sudah cerdik, rakyat sudah tahu," katanya yang dipetik menerusi Malaysiakini.

Dalam pada itu, Ibrahim menambah, struktur Perkasa kini lebih teguh dengan 500,000 anggota.

Menyentuh perkara yang sama, Ibrahim, menjelaskan walaupun Perkasa menyokong BN pada pilihan raya lalu, namun ia bukan satu jaminan komitmen yang sama akan dizahirkan Perkasa pada pilihan raya akan datang.

"Kita bagi sokongan pada Umno, bukan kita jadi perkakas atau alat kepada Umno jauh sekali jadi barua mana-mana pemimpin.

"Kali ini kita tengok, kalau parti bagus, tapi calon tak bagus, kita bakul sampahkan sahaja.

"Sokongan kita kali ini bersyarat, kita tak mahu apologetik lagi," katanya - sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan